Tercari-cari menu yang sesuai untuk disajikan buat keluarga tercinta di hari cuti tahun baru ni? Tentunya Nasi Pilaf Ayam ni antara yang boleh anda cuba. Lihat sahaja rupanya. Nampak sedap kan? Jom cuba!

 NASI PILAF AYAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ayam | dipotong 4
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk garam masala
  • 1 sudu makan garam
  • ½ cawan yoghurt asli
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 500gm beras basmathi
  • 1 liter air mendidih
  • 2 biji bawang besar|dihiris
  • 6 ulas bawang putih| dimayang
  • 5 inci halia| dimayang
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 tangkai daun ketumbar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perapkan ayam bersama serbuk ketumbar, jintan putih, jintah manis, kunyit, garam masala, garam dan tairu asli selama dua jam.
  2. Cuci beras dan toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak sapi dan goreng ayam sehingga permukaannya menjadi garing dan kekuningan.
  4. Keluarkan ayam dan masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan semula ayam dan tuang air dan tudung periuk dan biarkan sehingga ayam masak.
  6. Apabila ayam sudah masak dan air telah kering, masukkan beras dan air mendidih dan masak sehingga air telah kering sebelum api dikecilkan dan periuk ditutup.
  7. Masak di atas api kecil selama 20-30 minit. Tutup api biar selama 10 minit sebelum tudung periuk dibuka.
  8. Tabur dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Nasi Pilaf Ayam. Hidangan Istimewa Untuk Tahun Baru Yang Sungguh Awesome!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI