Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.

Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.

Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

 

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

NASI LEMAK 

Bahan-bahan:
600gm beras
1.1 liter santan
2 inci halia (hiris nipis)

3 helai daun pandan

IKLAN

Kacang tanah goreng

Telur rebus
Garam

Sedikit air

Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

IKLAN

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam

4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)

Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar

Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

IKLAN

CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)

300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air

Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

 

Jom Buka Puasa Dengan Nasi Mentega, Senang Je Nak Buat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI