Semua orang suka nasi goreng dan boleh masak nasi goreng. Tapi kali ini RASA perkenalkan Nasi Goreng Kambing yang super sedap. Kepada yang gemar makan kambing kena cuba resipi ini kerana nasi goreng ini mudah dimasak dan terlajar sedap. Sekali cuba mesti nak masak lagi.

NASI GORENG KAMBING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN PERAPAN KAMBING:

IKLAN
  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  4. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  5. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI