Isi ayam yang berperisa, sedikit manis serta lembut ini menjadikan ia tidak puas untuk dinikmati. Dilengkapi dengan hidangan nasi, sup serta sambal, semestinya Nasi Ayam Gula Melaka adalah hidangan yang anda perlu cuba.

 

BAHAN AYAM:

  • 1 ekor ayam | dibersihkan
  • 5 sudu makan gula melaka | dikisar halus
  • 3 liter air
  • Minyak bijan secukupnya

 

BAHAN NASI:

IKLAN
  • 500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
  • 2 helai daun pandan
  • 30 gm lemak ayam
  • 15 gm halia | dihiris
  • 25 gm garam

 

BAHAN SOS ( DIKISAR) :

  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 20 gm halia muda
  • 15 gm cili padi
  • 120 gm air limau nipis

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1.   Ayam direbus dengan gula melaka dan air. Bila sudah masak dan isinya agak lembut bolehlah diangkat.

2.   Kemudian salut dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan. Air rebusan pula digunakan untuk memasak nasi nanti.

IKLAN

3.   Untuk membuat nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.

4.  Kemudian masukkan air rebusan dan beras tadi. Masukkan garam dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.

5.  Untuk sosnya, kesemua bahan sos dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.

6.  Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam yang disalut minyak bijan tadi dan sosnya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI