Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!

Harga roti putih semakin naik harga! Hah, sudah. Makin menaik maksudnya perbelanjaan keluarga pun sedikit sebanyak akan meningkat juga.

Apa kata, kita buat sendiri je roti buku di rumah. Mudah dan sangat menjimatkan. Boleh buat banyak untuk keluarga.

Resipi roti sisir atau roti balok yang dikongsi daripada Neny Lai Han, boleh digunakan untuk membuat roti homemade di rumah.

 

ROTI SISIR @ ROTI BALOK

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!

BAHAN-BAHAN:

1 paket yis kering – beli online di sini 
2 sudu susu pekat – beli online di sini
1 cawan air suam
2 sudu gula – beli online di sini
*campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu marjerin – beli online di sini 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh dough softener
*1 biji telur dari peti

 

Dapatkan Haushalt Origami 3-Tierd Folding Shelves dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

IKLAN

 

CARA-CARA:

1.Ramaskan bahan-bahan ini hingga jadi macam serbuk roti.
2.Kemudian campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul rata.
3.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin. Biarkan kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk-tumbuk lagi keluarkan angin.
4.Kemudian, uli sekadar tak melekat pada jari.

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!
5.Bulat-bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Kemudian, gelek ketebalan ikut suka, lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

6.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian, panaskan terlebih dahulu ketuhar guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut ketuhar masing-masing.

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!
7.Sementara itu, sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur dan 2 sudu besar susu segar.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

8. Bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!
9. Rehatkan kejap roti dalam ketuhar, baru keluarkan. Terbalikkan kejap. Kemudian, griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing gitu.

Kredit resipi & foto: Neny Lai Han

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kelas memasak online anjuran majalah RASA yang bertemakan minum petang, iaitu roti jala! Boleh daftar DI SINI

Nama Unik Roti Sisir, Tapi Rasanya Selembut Kapas Gebu!

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

Memang Pekat & Berkilat! Boleh Tiru Resipi Wajik Durian Ini 

Apam Nasi Gebu Enak Dimakan Bersama Kelapa Parut

Petua Buat Bingka Ubi Kayu Sedap Walau Guna Santan Kotak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI