Untuk anda yang sedang berdiet dan tidak ada selera makan, jom cuba menu Thai yang sihat dan sedap ni iaitu Bihun Celup dan Nasi Air.  Sudahlah sedap senang pulak nak masak. Sangat sesuai untuk hidangan makanan malam sekeluarga

 

Nak Mula Diet Tapi Nak Makan Sedap, Try Menu Thai Yang Sihat Ni

BIHUN CELUP THAI

BAHAN-BAHAN:

  •  1 kg tulang lembu yang berdaging
  •  4 ulas bawang putih – dimayang
  •  4 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 inci halia – dimayang
  • 1 batang serai
  • 2 pokok ketumba
  • r | ambil bahagian akarnya
  • Sos ikan ikan
  • Gula kabung
  •  Garam
  •  Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

  • Bihun | rendam dan celur
  • Hirisan ayam yang telah direbus
  • Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
  • Daun ketumbar
  • Kacang tumbuk
  • Taugeh | dicelur
  • Kangkung | dicelur
  • Limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
  4. Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
  5. Matikan api.
  6. Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
  7. Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
  8. Bihun Celup sedia dihidangkan.

INFO CHEF:

Bihun Sup Thai  berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.

Nak Mula Diet Tapi Nak Makan Sedap, Try Menu Thai Yang Sihat Ni

IKLAN

NASI AIR THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan air rebusan tulang/daging
  • 3 hirisan halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN SUP:

  • 5 cawan air rebusan tulang
  • 4 hiris halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3 ulas bawang merah | mayang halus
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

IKLAN
  • 6 ekor udang | dicelur
  • 2 ekor sotong | dicelur
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawnag
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
  2. Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
  3. Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
  4. Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  5. Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
  6. Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
  7. Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
  8. Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  9. Tuangkan sup dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:

Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.

.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI