Galito’s  Flame-Grilled Chicken, sebuah lagi  restoran wajib  masuk dan cuba menu  ayam panggang  autentik Afrika dengan rasa pedas Galito’s  yang unik, ia pertama kali diperkenalkan  di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Galito’s , restoran ayam panggang  autentik Afrika diterajui oleh Louis Germishuys. Ia  mula beroperasi di Afrika Selatan  sejak tahun 1996 dan kini  telah berkembang maju dengan 150 restoran francais  di 15 buah negara seluruh dunia,  temasuk Malaysia yang dibawa oleh Ri-Yaz Global Food.

Rasa Ayam Panggang Tersedap Ala Afrika di Galito’s  Ni Memang Mengancam Betul!

Galito’s Flame-Grilled Chicken  mampu memenuhi cita rasa masyarakat tempatan kerana Galito’s adalah hidangan ayam panggang  terbaik  di dunia. Ayam panggang ini disediakan melalui proses pemerapan secara tradisional menggunakan herba semulajadi dan rempah ratus terpilih.

IKLAN

Dengan rasa yang unik selepas melalui proses pemerapan yang mengambil masa sekurang-kurangnya  24 jam. Kemudian dipanggang pula dengan api yang sempurna  untuk hasil isi ayam yang lembut, berjus serta mengekalkan kesegaran  rasa herba dan rempah ratusnya.

Anda pasti akan menikmati kunyahan isi ayam yang lembut, sedap tidak terkata. Lebih penting dari itu, ia adalah hidangan  yang sihat,sesuai untuk anda yang sedang  berdiet.

Selain  Galito’s Flame-Grilled Chicken, anda juga boleh menkmai hindangan sampingan  seperti Galibowl, hidangan nasi yang dimasak bersama kiub ayam panggang, bayam dan Sishabo Sauce, signutre souce Galito’s. Liver  and Roll, hidangan hati ayam  berempah yang dihidangkan bersama roti panggang segar dan mentega.  Jika mahu lebih ringan boleh saja cuba   Sweet Potato Chips dan Chilli Beans,  Keledek goreng  yang segar dan ranggup.

IKLAN

Rasa Ayam Panggang Tersedap Ala Afrika di Galito’s  Ni Memang Mengancam Betul!

Jika anda ingin mencari kelainan dan suasana makan yang santai  dengan layanan mesra seperti makanan di rumah bersama keluarga  atau rakan-rakan,   anda boleh kunjungi Galito’s  di G02-G03, eCurve, Muiara, Damansara. Menyajikan  pilihan menu yang menarik, dan harga berpatutan.

IKLAN

 

Kalau Suka Ayam Panggang Nak Buat Sendiri Boleh Cuba Resipi ni:

http://www.rasa.my/resipi-ayam-bakar-ni-dapat-lebih-1-ribu-share-di-fb-senang-nak-buat-patutlah-ramai-yang-cuba/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI