Orang kata kalau nak buat sambal belacan, kena la ada belacan. Kalau tak, takda la nama dia sambal belacan kan. Sama juga dengan air barli viral ni. Kalau nak badan kurus bukan setakat rebus barli tu ja. Tapi kengkawan dia yang lain macam kayu manis ceylon, lemon ngan madu pun kena la ada sekali. Tak de semua bahan tu, tak wujud la air barli viral.

 

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita dan kuruskan badan. Murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.

 

Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jer tapi kalau minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula, tambahan boleh anjalkan kulit secara semulajadi. Tak payah susah-susah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat!


Nak Kulit Cantik Dan Kurus, Buat Sendiri Air Barli Viral. Jimat!

AIR BARLI ( cantikkan kulit + kuruskan badan)

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan barli
  • 7 gelas air
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • Lemon
  • Madu ( kalau nak manis)

*(boleh guna sukatan sendiri)

IKLAN

 

Cara-cara:

IKLAN
  • Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang.
  • Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.

** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. (Kalau suka, boleh asingkan biji barli dengan air rebusan jika tak nak barli tu kembang sangat.)

** Jangan lupa panaskan sebelum minum.

IKLAN

Ni antara khasiat air barli ni:

Nak Kulit Cantik Dan Kurus, Buat Sendiri Air Barli Viral. Jimat!

Barli

  • kurangkan morning sickness
  • anjalkan kulit
  • sejukkan badan
  • banyakkan susu ibu
  • rendahkan kolestrol
  • melegakan sembelit
  • kuruskan badan
  • kencing manis
  • mencegah sakit jantung
  • arthritis
  • menguatkan gigi
  • kurangkan rambut gugur
  • anemia
  • batuk, sakit tekak, demam
  • mencegah kanser
  • mencegah batu karang
  • mencegah osteoporosis
  • masalah jerawat
  • mencegah kencing kotor
  • kencing kotor

Nak Kulit Cantik Dan Kurus, Buat Sendiri Air Barli Viral. Jimat!

Kayu manis ceylon

  • boost metabolisme badan
  • kurangkan kolestrol
  • kurangkan selera makan
  • lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
  • lancarkan period dan servis dalaman

Nak Kulit Cantik Dan Kurus, Buat Sendiri Air Barli Viral. Jimat!

Lemon

  • cuci kerak kerak lama dalam usus
  • bakar lemak degil
  • ada vit c, bagus untuk kulit
  • anti kanser
  • mengempiskan perut

Nak Kulit Cantik Dan Kurus, Buat Sendiri Air Barli Viral. Jimat!

Madu

  • tambahkan tenaga
  • antioxidant
  • mencegah kanser
  • pemanis semula jadi

Siapa cakap nak sihat, nak gebus, nak cantik, nak kurus kena guna modal besar. Minum jek air barli hari-hari, korang bakal lihat kulit glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.

Selamat mencuba!

Kongsi resipi: Aisyah Badar Bajrai

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI