Oven rosak, tak ada oven no hal. Kukus aje kek tu lagi lembab dan padat. Ni min tambahkan lagi lima lagi resipi dari penulis buku resipi kek Norbaini Rahwi. Tengok dari ramuan yang digunakan pun dah terbayang kesedapan dan enak aje bila digigit.

Bagi pelajar kelas masakan Norbaini mesti teruja dengan resipi yang dikongsikannya istimewa untuk RASA. Ingat tau jaga kebersihan ramuan dan masak dalam suasana dapur yang bersih tu penting. Produk homemade kenalah segar dan selamat.

1. KEK KUKUS LAPIS BLUEBERI


Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 10 biji telur gred A
  • 150gm gula kastor
  • 1 sudu makan ovalete

Bahan B :

  • 500gm mentega
  • 250gm susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak) :

  • 50gm horlick
  • 270gm tepung gandum

Bahan D:

  • 2 sudu teh blueberi emulco
  • Sedikit pewarna ungu

Bahan E :

  • Blueberry filling secukupnya

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang.
3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan.
4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan
6. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di warnakan dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D.
7. Masukkan blueberri filling ke dalam bag piping.
8. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ambil ¾ cawan bahagian yang berwarna ungu dan ratakan di dalam loyang dan ‘drizzle’ kan dengan blueberi filling , ulang langkah sehingga habis.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan : 25 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Aroma yang sungguh menyelerakan dan rasa yang unik sedapnya
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 35

INFO CHEF : Lebih baik ukuran loyang lebih kecil dari periuk kukusan. Loyang yang muat-muat kukusan akan menutup semua lubang sehingga tiada ruang untuk wap naik ke atas dan akan merencatkan proses mengukus.

2. KEK KUKUS ROLL MARBLE


Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A :

  • 2 biji telur gred A
  • 4 biji kuning telur
  • 100gm gula kastor

Bahan B :

  • 100gm tepung gandum
  • 30gm susu tepung
  • ¼ sudu teh serbuk penaik baking powder

Bahan C :

  • 65gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan D :
1 ½ sudu teh coklat emulco/serbuk koko

Bahan sapuan dalam kek :

IKLAN
  • Jam strawberi secukupnya

CARA MEMASAK:
Cara pembuatan kek kukus :

1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Ambil 3 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata.
5. Di dalam loyang tuangkan adunan yang berwarna asal, kemudian masukkan adunan yang dicampur dengan bahan D. Lorekkan di atas permukaan adunan dengan lidi.
6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek.
8. Bila sudah sejuk sapukan jam strawberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kek kukus lebih mudah digulung berbanding dengan yang dibakar
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Kek yang telah disejukkan dan digulungkan hendaklah segera dibalut dengan plastik. Simpan di dalam peti sejuk supaya kek gulung tidak keras dan kering.

3. KEK GULUNG PANDAN KUKUS @ KEK KUKUS ROLL JEPUN


Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 5 biji telur gred A
  • 175gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalete

Bahan B :

  • 100gm tepung gandum
  • 40gm susu tepung

Bahan C :

  • 100gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan D :

  • Sedikit pewarna hijau.

Bahan sapuan:

  • Jam blueberi secukupnya

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang ukuran 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang.
3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Ambil 1 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata.
5. Ambil adunan yang berwarna hijau dan masukkan ke dalam piping bag. Di atas permukaan loyang yang telah lapik kertas buatkan corak mengikut kreativiti.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah corak tidak melekat di jari. Tuangkan adunan asal dan ratakan.
6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak
7. Setelah masak sejukkan kek.
8. Bila sudah sejuk sapukan jam blueberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Jem bluberi beri keenakan rasa pada kek gulung ini
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 15

IKLAN

Info Chef : Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan di atas redai untuk mengelakkan kek menjadi basah jika dibiarkan sejuk di dalam loyang.

4. KEK KUKUS LADY STRAWBERI


Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 8 biji kuning telur gred A
  • 2 biji putih telur
  • 125gm gula kastor
  • ¼ sudu teh garam

Bahan B :

  • 130gm tepung gandum
  • 35gm susu tepung
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C :

  • 30ml minyak jagung/masak

Bahan D:

  • ½ sudu makan strawberi emulco

Bahan-bahan untuk filling dan topping :

  • 600gm whipping cream/fresh cream
  • 200gm krim keju

Bahan tambahan untuk dekorasi

  • Strawberi filling

CARA MEMASAK :
Cara-Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak sejukkan kek, setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.

Cara-cara pembuatan
1. Pukul cream cheese hingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental.
3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
4. Sapukan krim dan strawberi filling di setiap lapisan.

Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kombinasi rasa strawberi memberikan rasa segar dan tidak muak
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30

IKLAN

INFO CHEF : Gunakan gula kastor atau gula halus agar memudahkan proses pembuatan kek kukus

5. KEK KUKUS COKLAT NUTELLA


Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 6 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 100gm gula kastor
  • ½ sudu teh garam

Bahan B :

  • 100gm tepung gandum
  • 30gm serbuk koko
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C :

  • 25ml air
  • 50gm Nutella
  • ½ sudu teh coklat emulco

Bahan D :

  • 30ml minyak jagung/masak

Bahan topping/filling :

  • 500gm Whipping cream/fresh cream
  • 50gm Nutella

Bahan tambahan untuk dekorasi

  • Nutella

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :

1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan bahan D dan digaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.

Cara pembuatan topping :
1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian masukkan Nutella. Kacau rata.
2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga lapisan atas dan mengikut citarasa masing-masing.

Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan nutella melazatkan kek
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 35

INFO CHEF: Pastikan mangkuk, spatula dan alatan buat kek bersih serta bebas dari lemak dan air sebelum memulakan proses adunan , untuk mengelakkan adunan telur tidak mengembang.

FOTO : NORBAINI RAHWI
RESIPI : NORBAINI RAHWI, FB/ IG norbaini cakes,norbainicakes.blogspot.com

Bagi anda yang nak beli peralatan dapur yang canggih dan berkualiti, boleh membeli secara online melalui shoppe kategori home appliance. Harganya berpatutan dan ada tawaran diskaun lagi.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Kek Kukus Masam Manis, Resipi Lejen Tak Jemu Dimakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI