Ada beberapa jenis resipi popia goreng. Yang membezakannya hanyalah inti di dalamnya sahaja. Musim PKP ni, anda boleh variasikan sahaja bahan-bahan yang adalah dapur untuk dijadikan intinya. Berikut dikongsikan resipi Popia Carbonara yang boleh dicuba, ia mudah dan sedap. Kalau buat lebih boleh difrozenkan, bila teringin tinggal goreng.
POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang holand | potong dadu
1 paket crab stick | hiris
1 tin cendawan | hiris
1 mangkuk kecil isi ayam | hiris halus
1/2 batang lobak merah
1 tin sos pergo carbonara
2 sudu perencah cukup rasa
1 sudu kecil Sedikit serbuk oregano
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masikkan isi ayam, kacau hingga air ayam garing.
- Masukkan cendawan, lobak merah, crab stick, kacau lagi sekejap.
- Baru masukkan sos pergo carbonara, tambah air sedikit.
- Perasakan dengan cukup rasa, serbuk oregano, serbuk lada hitan dan putih. Jika kurang masin tambah sedikit garam.
- Bila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
- Setelah sejuk bolehlah gulung dengan kulit popia. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
Kredit: Deeza Karisma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Sayur Kampung Paling Popular Dulu-Dulu. Mantap! Patutlah Sampai La Ni Ramai Yang Suka.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
1. KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | cuci bersih
- 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
- 1000ml santan
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
- Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain enak dihidangkan bersama nasi, kari ini juga enak dihidangkan dengan roti prata atau roti Arab.
2. KELUBAN PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
- 200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
- 300gm kelapa | putih sahaja
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 sudu makan udang kering | kisar
- 8 biji cili padi | kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
- Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
- Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
- Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
- Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
- Setalah siap bolehlah dihidangkan:
INFO CHEF: Perkataan keluban ini dari bahasa Jawa. Ia sama sahaja dengan urap.
3. PINCUK PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk paku | celur dan tos
- 200gm daging bakar | hiris nipis
- 250ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
- Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
- Masukkan bersamanya bahan hirisan.
- Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
- Gaul rata, kemudian masukkan santan.
- Gaul lagi sehingga cukup rasa.
- Segera dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh gunakan jantung pisang, umbut kelapa atau terung.
4. PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
- 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
- 1 paket kecil tempe | potong dadu
- 1000ml santan
- 1 sudu makan ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia muda | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
- Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
- Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Isian sayur boleh dipelbagaikan ikut cita rasa.
5. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat selur keladi bersama isi
- 100 gm isi udang
- 2 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
- Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
- Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
- Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
- Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
- Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
- Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Tujuan celur adalah untuk menghilangkan rasa gatal.
Biryani Ikan Tenggiri Lauk Terlampau Sedap. Ini Cara Membuatnya.
Walaupun kita berkurung di rumah semasa PKPB ni, tidak semestinya tidak boleh menjamu selera dengan menu istimewa. Nasi Biryani memang menjadi kesukaan ramai. Jika biasa kita membuatnya dengan daging kambing atau ayam, boleh kita letak ikan tenggiri pula. Mungkin sebelum ini ada yang tidak makan kambing bolehlah nikmatinya dengan penuh selera.
Biryani Ikan Tenggiri
Bahan A:
2 cawan beras basmati
3 bunga cengkih
3 buah pelaga
1 batang kulit kayu manis-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh biji lada hitam
2 sudu makan garam
Bahan B:
4 ketul ikan tenggiri
3 sudu makan yoghurt
3 sudu makan rempah biryani
½ sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang Holland, dicincang
4 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang-BELI ONLINE DI SINI
2 biji cili hijau, dibelah dua
Bahan C:
Bawang besar, dihiris nipis dan digoreng garing
3 tangkai daun pudina
3 tangkai daun ketumbar
Secubit saffron atau pewarna kuning direndam dalam sedikit susu
Cara memasak:
1.Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang Holland sehingga garing.
2.Masukkan bawang putih dan halia dan masak sehingga wangi.
3.Masukkan rempah biryani, serbuk kunyit dan ½ cawan air dan masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan ikan, yoghurt dan cili hijau dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. Tutup api.
5.Basuh beras dan rendam selama 30 minit. Toskan. Didihkan air dan masukkan garam, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, lada hitam. Masak beras sehingga ¾ masak dan toskan.
6.Sediakan periuk nasi dan masukkan separuh nasi ke dalam periuk tersebut.
7.Masukkan ikan, tabur sedikit bawang goreng, sedikit daun pudina dan daun ketumbar. Ulang dengan selapis lagi lapisan nasi.
8.Akhiri dengan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina dan pewarna kuning atau campuran saffron dan susu.
9.Tekan periuk nasi dan biar sehingga ia masak. Jangan buka periuk nasi sehingga sedia untuk dihidangkan.
10.Sebelum hendak dihidangkan, gaul nasi biryani supaya sekata.
Kredit resipi & foto: Tania Pawanteh
ADA YANG NAK MEMBELI PRESSURE COOKER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah, Tak Perlu Beli Dah
Homemade Kaya Nyonya Karamel Dan Pandan. Lagi Sedap, Boleh Adjust Kalau Tak Suka Manis!
Siapa yang tak suka makan roti sapu kaya kan.. Baik yang siap terus atau makan di kedai kopitiam, tapi kalau boleh berjimat tak salah untuk kamu cuba buat resipi kaya homemade ni. Paling bagus kamu boleh kawal sendiri gula takat mana yang kamu mahukan nak manis ke kurang manis! Selamat mencuba…
RESIPI KAYA NYONYA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur gred A
- 600ml pati santan
- 300gm gula halus (blh kurangkan klau x nak manis)
- 4 helai daun pandan, disimpul
- 100gram gula pasir*
- 160ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)
CARA MEMBUAT:
1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, jangan sampai gelap, nanti pahit. Sentiasa kacau semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 11/2jam. Tutup api.
4. Keluarkan daun pandan. Isi kan kaya tadi ke dalam botol yang bersih. Biar kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
RESIPI KAYA PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 350 ml pati santan
- 3 biji telur gred A
- 5-6 helai daun pandan
- 150 gram gula pasir (tak nak manis blh kurangkan)
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUAT:
1. Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
2. Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
3. Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi kaya pandan dalam botol bersih yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Biar kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Kongsi resipi: Noor Azlina Khalil