9c4bfb9f-9a52-4a13-a5ed-88935a27de30

Siapa sahaja tidak menggemari bihun goreng, kalau kena caranya memang boleh bertambah makan. Kalau nak bihun yang dimasak nampak cantik dan berkilat walaupun kosong boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ini.

Rahsianya masukkan kicap dalam tumisan. Kicap yang dicampur dengan minyak, menjadikan bihun akan elok berkilat, jangan tuang kicap pada bihun di akhir sekali, nanti bila digaul bihun jadi tidak sekata warnanya. Selain itu untuk mengelakkan bihun agar tidak hancur, semasa gaul bihun tu gunalah pengepit.

Sangat mudah disediakan, cepat dan sangat sedap. Jadi jom mencubanya sendiri.

Bihun Goreng Kosong

Bahan bahan:
1 pek bihun
3 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Kicap manis secukupnya
Sedikit serbuk lada putih
3 sudu cili kisar
Minyak masak untuk menggoreng
Mushroom seasoning
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk;
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam udang kering

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak dan ketepikan di kuali.

IKLAN

2.Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

3.Masukkan cili kisar, masak hingga agak garing.

4.Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan kacau rata.

5.Kemudian masukkan kicap manis, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

IKLAN

6. Masukkan bihun dan kacau rata bersama telur yang diketepikan tadi. Taburkan lada putih.Gunakan pengepit untuk ratakan bihun dan agar bihun tidak terputus. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Kredit: Yatiekitchen

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

IKLAN

Resipi Asli Bakso Homemade Bonda Dari Indonesia

Meriah & Sedap Laksam Kedah. Ini Cara Buat Dengan Resipi Yang Betul 

Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI