Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.
foto: intihasilindo.com

Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di  Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.

Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.

Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.

Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.

Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.
foto: http://ichef.bbci.co.uk

RESIPI SOS IKAN NAMPLA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600gm ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 5 helai daun salam
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cawan air masak
  • 1 sudu besar garam kasar

CARA MEMBUAT:

  1. Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
  2. Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
  4. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

INFO YANG ANDA PERLU TAHU:

  1. Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
  2. Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.

Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.

Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!

IKLAN

Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.

 

1. KERABU SOTONG BERSUHUN 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm sotong | dibersihkan
  •  6 biji limau kasturi
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
  • 5 biji cili api |hiris
  • 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
  • 150gm suhun | dicelur
  • 200ml air
  • 1 batang serai | dititik
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
  2. Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian.  Gaul rata.
  4. Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

2.  KERABU PERUT 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg perut lembu | dibersihkan
  • Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
  • 3 ulas bawang merah | hiris halus
  • 10 biji cili padi | dihiris halus
  • 3 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1 biji tomato | hiris
  • 2 batang serai |hiris halus
  • 5cm halia | hiris tipis
  • Daun kesum | dihiris halus
  • 1 sudu teh sos ikan

CARA MEMASAK:

  1. Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
  2. Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
  5. Sedia untuk dihidang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI