Minum petang hari ni kita buat menu yang anak-anak suka, iaitu muffin koko. Tak susah pun buatnya jika cukup bahan-bahan di dapur. Nak sedap tambah lagi dengan chocolate chip. Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang gebu dan moist.Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor yang dikisar halus.Buat lebih boleh sedekah pada jiran tetangga.
BAHAN A
2 biji telur
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1/2 tsp esen vanilla
BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
½ tsp baking soda
2 tbsp dark powder cocoa
½ cawan choc chips
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi.Gaul rata.
4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
5.Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Kredit: Neny Lai Han
Kek Buah Kukus Zaman Mak Kita Dulu, Ikut Step Yang Betul Barulah Kek Menjadi Lembap dan Lembut
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah Saja Nak Buat Telur Gedik, Wanita Ini Kongsi Tipsnya
Telur mata atau telur gedik yang sempurna, memang cantik diletakkan di atas juadah makanan, namun tak semua orang tahu cara untuk membuatnya.
Menerusi perkongsian daripada Laila Mijan ini, dia menunjukkan cara yang mudah untuk membuat telur gedik dengan sempurna.
CARA BUAT TELUR GEDIK DENGAN SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
Telur
Minyak masak – beli online DI SINI
Senduk bulat
Spatula lembut
TONTON Makan Di Mana Eps 14: Malas Nak Masak? Order Je Makan Dari Daporoy_
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
CARA-CARA:
1.Mula-mula, masak di dalam periuk sehingga mendidih.
2. Kemudian, ambil senduk besar dan celupkan di dalam air panas. Angkat dan sapukan minyak masak supaya telur tak melekat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Kemudian, pecahkan telur di dalam bekas lain. Ini bagi memastikan telur tidak rosak. Tuang telur tersebut pada senduk tadi.
4. Secara perlahan-lahan, letak senduk di permukaan air panas tadi, tetapi jangan sampai tercelup ye.
5. Apabila dah nampak sekeliling telur memutih nak masak, barulah rendam terus senduk tu sekejap dan akan dapat bentuk telur gedik seperti dalam gambar.
6. Cara nak keluarkan telur dari senduk, guna alat spatula lembut secara berhati-hati. Selamat mencuba.
Kredit: Laila Mijan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Penggemar Sambal Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Rugi Tak Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Patutlah Dapat Ribuan ‘Like’… Resipi Chocodate Ni Memang Sedap Dan Mudah Nak Buat!
Bulan puasa kalau takda buah kurma tak nikmat rasanya. Jika anak-anak kurang gemar untuk makan kurma biasa, apa kata ibu sediakan kurma coklat ni untuk hidangan berbuka puasa nanti. Mesti cepat habis, selain boleh dibuat untuk berbuka boleh juga dihidangkan di hari raya nanti. Nak beli makah, jom buat sendiri boelh berjimat!
RESIPI KURMA ALA CHOCODATE
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 1 kg kurma
- kacang badam secukupnya
Bahan B
- 300g milk coklat compound
- 200g dark coklat compound
- 100g butter
CARA MEMASAK:
UNTUK BAHAN A
- kacang badam di masak sehingga rangup..(macam nak masak kuih almond london tu)
- kurma di belah dua utk keluarkan biji.. lepas badam dah sejuk sikit boleh masukkan dalam kurma seperti dalam gambar..
UNTUK BAHAN B
- double boil semua bahan2 B sampai dia cair semua..
- kemudian dah boleh celup kurma yg telah di letakkan badam di dalam coklat tersebut..
- lepas tu masuk dalam peti ais kejap bg coklat tu keras sikit..pastu boleh makan dah..
NOTA: Saya tak celup kurma tu tapi coklat tu saya masukkan dalam piping beg.. lagi senang nak handle coklat.. tak comot sgt.. cuma kurma tu tak salut semua la..
nota tambahan : kurma ni sgt berguna.. dengn biji2 pon ada khasiat dia.. so biji dia jgn buang..simpan boh dlm peti ais dulu nnt aku post lain psl biji dia plak..
Kongsi resipi: Fiza Ahmad
Tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.
Pernah dengar kopi biji kurma? Proses pembuatan kopi biji kurma ini juga mudah untuk dilakukan.
- Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
- Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
- Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
- Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
Mudah bukan?
Untuk pengetahuan anda, ini antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma yang elok kita amalkan.
- Memberi tenaga segera
- Memulihkan tenaga Syahwat
- Menyembuhkan kencing manis
- Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
- Menghilangkan letih dan lesu
- Menghangatkan badan
- Mengendorkan saraf yang tegang
- Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
- Menyembuhkan sakit perut
- Menyegarkan badan/tidak mengantuk
- Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
- Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
- Melancarkan peredaran darah
Kongsi resipi: Munirah Syed Abu Bakar
Rasa Ketagih Makan, Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap!
Kebiasaannya bila kita buat brownies, kita akan buat dalam saiz yang besar kemudian potong kepada bentuk yang kecil-kecil.
Apa kata kali ini, kita buat red velvet cheese brownies dalam bentuk dan saiz yang senang untuk terus dimakan.
Resipi yang dikongsi Norazieanti Ghazali ini, boleh dibuat sebagai menu hidangan minum petang bersama keluarga.
RED VELVET CHEESE BROWNIES
BAHAN BROWNIES:
120g dark Choc Compound (beryls)
170g salted butter
350g gula castor
4 biji telur A
1 sudu kecil cuka makan – beli online di sini
2 sudu besar pewarna merah (bright red)
1 sudu kecil esen vanila
190g tepung gandum – beli online di sini
1 ½ sudu kecil baking powder
CARA-CARA:
1. Cairkan choc dan butter (guna kaedah double boil). Ayak tepung gandum dan baking powder.
2. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek atas brownies.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.
5. Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.
BAHAN CHEESE (DOUBLEKAN UNTUK BUAT CUPCAKE)
250g cream cheese
50g gula castor- beli online di sini
2@3 sudu besar air perahan lemon
1 biji telur A
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul.
2. Masukkan telur putar sebati. Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.
3. Akhir sekali, adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.
4. Bakar di rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali ketuhar sendiri)
*Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sudu besar adunan brownies, ½ sudu besar adunan cheese. Bakar 20-30 minit.
Kredit resipi: Norazieanti Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Creampuff Creamy Custard, Rasanya Seperti Aiskrim Vanilla
Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: