Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
SOTONG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor sotong kembang | dicuci bersih
- 1 ikat kangkung muda | dicuci bersih
- Bijan panggang secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
BAHAN SOS:
- 2 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 2 biji cili merah | tumbuk halus
- 4 sudu makan petis udang
- 2 sudu makan sos hoisin
- 2 sudu makan sos plum
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- Gula secukup rasa
- 1 cawan air
- Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
- Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
- Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
- Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
- Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
- Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kudapan ‘favourite’ A.S dan Eropah , Boleh Dibuat Cara ‘Homemade’. Boleh buat kat dapur sendiri aje.
Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk minum petang.Boleh dimakan sambil menonton tv Tau-tau licin aje makanan yang dihidangkan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai dari Eropah dan Amerika Syarikat,
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi putih
- 10 gm bawang merah kecil | dicincang
- 10 gm daun bawang | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 15 gm kismis
- 2 cawan serbuk roti
- 4 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 4 cawan minyak masak
- 20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
- 3 sudu makan tomato puri
- 2 helai daun bay
- 1 sudu besar thyme kering
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef : Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dengan garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cencang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Udang Goreng Ala Thai, Hidangan Senang Nak Dimasak
Kalau ada udang, boleh cuba buat resipi ini. Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni. Lauk ni ringkas tapi sedap. Tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Memang senang. Jom RASA berikan resipinya.
UDANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
- 250 gram udang saiz XL | buang kulit
- 6 ulas bawang putih | cencang
- 2 biji cili merah | cencang
- 1 sudu makan chili flakes
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu kecil pati ayam
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
- Sedikit daun bawang | hiris halus
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak masak. Goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
- Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa
Enaknya menu Paprik Campur ni. Kombinasi udang, sotong dan aneka sayuran yang sangat sedap. Sangat sesuai dijadikan hidangan berbuak puasa. Rasa pedas, masam, masin memang cukup. Pendek kata memang digemari ramai. Nak lebih sedap? Hidangkan bersama Telur Dadar garing. Memang terbaik padanannya! Nak cuba resipi Paprik Campur yang sedap perkongsian saudari Ezan Jelita ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PAPRIK CAMPUR SEDAP, MUDAH & CEPAT MASAK
BAHAN A (HIRIS):
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Halia
BAHAN B:
2 sudu cili kisar – beli online disini
2 sudu pes tomyam – beli online disini
3 sudu sos tiram – beli online disini
4 sudu sos cili – beli online disini
3 sudu kicap manis – beli online disini
Perasa secukupnya
Udang dan sotong (nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)
Sedikit air
BAHAN C (JUMLAH SECUKUPNYA):
Bunga kobis – hiris
Lobak merah – hiris
Kacang buncis – hiris
Daun limau purut – buang tulang tengah
Cili Merah/Hijau – hiris
(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. 3. Tambahkan sedikit air. Reneh sehingga masak.
4. Seterusnya masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa.
5. Masak hingga sayur lembut. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ezan Jelita
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official