Sedapnya Sup Ayam Thai ni. Bahan-bahannya cukup ringkas dan mudah malah sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudari Tengku Syazwanie ini boleh anda cuba.

 

RESIPI SUP AYAM THAI MUDAH & SEDAP

Mudahnya Masak Sup Ayam Thai. Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba

BAHAN-BAHAN:
5-6 ketul ayam (sediakan sedikit lemak ayam)
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 hiris halia – tumbuk
1/2 biji bawang besar – mayang
2 biji bawang merah – mayang
2-3 batang serai saiz besar @ 5-6 batang jika serai halus – diketuk
4-5 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah
1/2 biji tomato
1 kiub pati ayam beli online disini
1 sup bunjut beli online disini
2 sudu makan sos ikan beli online disini
1 tangkai daun ketumbar
Jus limau nipis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Mudahnya Masak Sup Ayam Thai. Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai bersama hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.

Mudahnya Masak Sup Ayam Thai. Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba
2. Masukkan air dengan secukupnya. Bila telah hampir nak menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan hirisan lobak merah. Biar seketika.
3. Seterusnya masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut.
4. Perasakan sup dengan menambah garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.

Mudahnya Masak Sup Ayam Thai. Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba
5. Bila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan jus limau nipis.
6. Sebatikan dan Sup Ayam Thai sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Masak Sambal Sardin Pakai Cili Padi. Lagi Kaw Dari Cili Giling

Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah

IKLAN

Potato Fritters Mudah & Sedap. Masak Dah Lama Pun Tetap Lembut

Campur 2 Sos Ni Barulah Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=RFAn19ua4ig

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI