Mudahnya, Cheesecake Gebu Guna 4 Bahan Je

Kek simple je guna 4 bahan je tapi masya-Allah sedapppp. Jangan risau tiada sebarang tepung digunakan. Jadi tak perlu pening kepala tepung itu ini tak ada dan sebagainya.

Sejukkan dulu pun sedap. Sagat cheddar cheese atasnya pun best juga. Kek ini juga sesuai untuk mereka yang menjaga diet tapi masih mahu menikmati kek keju yang sedap.

Menerusi perkongsian daripada Noorul Izzah Marzuki, dia menggunakan 1 sudu sahaja lakanto jadi tak manis, boleh lebihkan jika nak manis ya.

Oh ya, kecil je saiz kek ni, boleh gandakan adunan kalau nak saiz besar/tebal. Boleh dihidang untuk 8 potongan.

 

CHEESECAKE GEBU GUNA 4 BAHAN

Mudahnya, Cheesecake Gebu Guna 4 Bahan Je

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

125g cream cheese (saya guna Tatura je)
⅓ cawan (80ml) whipping cream
1 sudu besar lakanto/sweetener (kalau nak manis boleh lebihkan)
2 biji telur saiz A (atau 3 biji telur saiz B ) suhu bilik | asingkan kuning dan putih

TONTON Dapur Rasa: Projek Air Tangan Emas

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung 

CARA-CARA:

1. Pukul cream cheese, whipping cream dan lakanto/sweetener sampai gebu dan tidak berketul menggunakan mixer. Boleh guna pengisar tetapi akan susah dikeluarkan nanti.  – ( Dapatkan STAND MIXER berkualiti dengan harga berpatutan DISINI)
2. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese. Pukul dengan mixer sehingga sebati dan gebu. Ketepikan dan masukkan dalam mangkuk lain.
3. Pukul putih telur pula, dalam sehingga kembang, gebu dan terbentuk soft peak (terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh). Jangan overbeat sampai berketul. Masa pukul tu sentiasa tengok untuk elak overbeat.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Mudahnya, Cheesecake Gebu Guna 4 Bahan Je
4. Ambil 1 senduk adunan putih telur, masukkan ke dalam adunan cream cheese. Kaup balik sekejap. Kemudian masukkan semua adunan telur putih dan kaup balik sehingga sebati, adunan kena betul sebati, gebu, licin, tiada ketulan ya (yang ni penting).
5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan non stick paper. Saya guna loyang 6 inci. Bakar secara waterbath (letak loyang kek ke dalam bekas lain berisi air panas, rujuk gambar).

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

Mudahnya, Cheesecake Gebu Guna 4 Bahan Je
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 selama 50 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing. (
7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam ketuhar, buka pintunya sedikit. Kemudian baru keluarkan.

Mudahnya, Cheesecake Gebu Guna 4 Bahan Je
8. Bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Saya sagat cheddar cheese je. Makan saja tanpa topping pun dah sedap. Sejukkan dulu dalam peti ais pun best juga. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Noorul Izzah Marzuki

 

IKLAN

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/perysmith-55l-stand-mixer-1200w-easycooking-series-ps5500-20160081?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]PerySmith 5.5L Stand Mixer 1200W EasyCooking Series [/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 

Roti Pandan Gula Melaka Viral , Ini Cara Buatnya

Sedap & Tak Kering. Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best.

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI