Alangkah indahnya memiliki taman herba yang mudahkan anda memasak. Petik saja sayur yang dikehendaki, lebih segar dan puas makan. Contohnya seperti ubi kentang ni. Rupanya cara tanamnya sangat mudah. Tak perlu pun tanah yang luas seperti tanam keledek, dalam pasu pun boleh hasilkan ubi kentang yang segar. Boleh ikut langkah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie.
Caranya:
1. Ambil kentang dan belah dua. Cucuk lidi pada empat penjuru seperti dalam gambar.
2. Sediakan cawan kecil yang berisi separuh air. Rendam kentang suku seperti dalam gambar. Fungsi lidi supaya tidak terendam habis dan busuk. Tujuan utama untuk hasilkan akar dulu. Kentang ini direndam selama empat hari dan ditukar air sekali saja.
3. Bila akar sudah terhasil barulah dialihkan ke dalam pasu. Letakkan tanah separuh pasu.
4. Masukkan kentang dalam pasu kemudian ditutup dengan tanah. Bila pucuk dah semakin tinggi, bolehlah tambah tanah lagi. ( saya guna tanah sawit).
5. Semakin meninggi pokok, semakin banyak isi. Siram sekali sehari.
6. Inilah hasilnya bila dijaga dan disiram.
Moga info ini memberi manfaat buat anda yang pertama kali menanam.
Kredit: Zienie G-nie
https://www.rasa.my/bingka-durian-lemak-manis-gerenti-habis-seloyang/
Mencari peralatan memasak yang baru? Klik sini mungkin ada yang berkenan di hati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Ikut Gaya Mok Teh Merendang. Resipi Asli Warisan Ibu Mertuanya.
Jika anda singgah ke Pusat Bandar Wangsa Maju, jangan lupa cuba sajian di Restoran Mok Teh. Menu istimewanya sajian Terengganu, tapi pemiliknya Mok Teh pun hebat masak sajian nogori warisan dari ibu mertuanya.
Rendang air tangannya sedap tak terperi, ala nogori. Istimewanya bahannya ringkas aje. Jom semak, boleh masak hujung minggu ni…
1.RENDANG AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam| dipotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 30 biji cili api
- 2 inci kunyit hidup
BAHAN B
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit
- 1 sudu kerisik
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
2.RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik salai |dpotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 20 biji cili api
- 5 sudu cili boh
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 batang serai
BAHAN B
- 5 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
- 1 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daging itik dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali.
2. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
3. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
4. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan B yang lain.
5. Masak sehingga agak kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
Anggaran kos: RM30
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
- 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
- 2 kilo santan
- Segenggam ikan bilis
- Segenggam cili api
- 3 inci kunyit
- 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
- 5 batang serai | dititik
- Garam
- Asam keping
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN A – CUCI DAN TOS
- 250gm daging
- 250gm paru paru
- 250gm limpa
- 250gm jantung
- 250gm hati
BAHAN B – KISAR
- 250gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 10 batang serai
- 50 gm halia
- 75gm lengkuas
- 50gm kunyit
- 100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
- 100g cili boh| ikut kepedasan yang diingini
- 2 kilo santan
- 2 sudu makan kerisik
- 5 batang serai |diketuk
- Garam secukup rasa
- 2 keping asam keping
- Sedikit gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
2.B ila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping, serai ketuk dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula merah. Masak sehingga kering, gunakan api perlahan dan sering kacau.
4. Rendang siap dihidang.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
RESIPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh
TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang
Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil
Dah nama pun anak nogori, ramuan cili padi memang tak boleh dipisahkan dalam sajian rutin seharian penyanyi dan aktres Siti Nordiana Alias, 35 tahun.
Peluang muncul bersama Chef Wan memang cukup mengujakan kerana sajian yang dipilih untuk episod kali ini mengembalikan memori kelazatan Rendang Ayam Minang dan kuih koci yang kerap dimasak neneknya.
Penyanyi yang menjulang kembali namanya setelah memenangi juara Gegar Vaganza musim kedua pada 2015 ini juga adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Sama juga seperti anak nogori lain, artis ayu ini sangat menggemari lauk Rendang Ayam Minang.
“Berbeza dengan rendang negeri lain, Rendang Minang ni rasanya pedas. Saya suka kalau lauk tu menggunakan banyak cili padi, tak kisahlah hijau atau merah.Cili padi tu yang memberi rasa sedap tak terhingga pada rendang ayam minang,lagi pedas lagi saya suka. Bukan setakat masa bulan Ramadan sahaja tetapi ini lauk pada hari-hari biasa juga.
Jadi saya memang teruja bila dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan ni. Best juga tengok Chef Wan merendang. Teringat masakan nenek, lauk ‘favourite’ kami sekeluarga,” cerita Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana ini.
Di samping rendang Minang, satu lagi sajian Minang yang disukai adalah Ayam Goreng Berlado. Bercerita mengenai kuih-muih untuk berbuka pula kuih koci menjadi pilihan utama “Saya memang seronok dapat tengok Chef Wan menunjukkan kepakaran masaknya ‘live’ depan mata. Resipi yang digunakan sama seperti nenek saya buat,” imbau Nana lagi.
Sepanjang bulan Ramadan ini jika ada jemputan puasa di luar atau di hotel, Nana akan menghadirinya. Jika tiada dia lebih selesa berbuka bersama anak lelakinya Muhammad Rayyan Nakhaie, 11 tahun dan ibunya di rumah. Sekali sekala Nana rajin juga ke bazar Ramadan mencari kuih muih yang disukainya seperti Popia Basah yang banyak terjual semasa bulan puasa.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam @ 11/2kg ayam | dipotong 12
- 11/2 biji kelapa | diramas dengan 1 liter air suam
- 250gm kerisik
- 3 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit | dihiris halus
- Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
- 10 tangkai cili merah| dibuang biji | dikisar
- 15 tangkai cili kering | direndam air panas dan ditos, dikisar
- 10 biji cili padi | dikisar
- 15 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 8 biji buah keras | dikisar
- 8 batang serai | dihiris kasar, dikisar
- 2sm halia | dikisar
- 2sm lengkuas | dikisar
- 3sm kunyit hidup | dikisar
1 biji limau purut | diparut kulitnya, kuantiti sedikit
CARA MEMASAK :
- Di dalam kuali masukkan bahan-bahan yang dikisar dan ayam . Biarkan ayam kering airnya dan kacau.
- Masukkan santan dan sedikit garam,didihkan selama 45 minit hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
- Biarkan santan pecah minyak.
- Masukkan kerisk, daun limau purut, parutan kulit limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan gula dan garam.
- Biarkan ia pekat, dan hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris.
KUIH KOCI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung pulut
- ½ cawan tepung pulut hitam
- 1 1/2 cawan air
Bahan inti :
- 1 biji kelapa parut
- 1 ketul gula Melaka | diracik
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan | disimpul
- ½ cawan air
- Daun pisang secukupnya | dibersihkan dilayur hingga lembut , potong saiz 13sm x 13sm
- Minyak masak secukupnya
- 1 cawan pati santan | dicampur secubit garam
CARA MEMASAK :
Cara buat inti :
- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Cara buat doh :
- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yangg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi.
Cara buat kuih koci :
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu camca teh santan pekat.
- Kemudian lipat daun pisang. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.
JANGAN LUPA TERUSKAN MENONTON “ RASA NOSTALGIA RAMADAN”, SETIAP JAM 5 PETANG DARI ISNIN -KHAMIS DI ASTRO PRIMA 105 DAN PRIMA HD 121
Ada ramai lagi selebriti lain akan bersama Chef Wan di antaranya Kak Engku, Serina Chef Wan, Amelina, Azira De Fam, Sharifah Shahira, Ziana Zain, Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Bell Ngasri, Zarul Umbrella.
Lelaki Ini Kongsi Sambal Pauh Ringan. Tumbuk 3 Bahan, Dah Siaapp.
Kerja memasak ni jika diamati kaum Adam pun sama hebatnya. Buktinya majoriti chef yang berkerja di hotel dan restorannya adalah lelaki.
Bagi Zaky Mat Ali dia juga amat meminati dunia masakan, terutamanya yang mudah dan ringkas. Di antara resipinya Sambal Pauh. Kalau tengok dari gambarnya buah pauh ringan.Itu nama yang disebut oleh orang Kelantan. Di tempat lain dipanggil mempelam atau mangga.
Pauh dan mempelam ni pun ada banyak jenis dan nama. Dalam dialek Kelantan ringan tu ada beberapa maksud iaitu tidak berat sama maksud macam negeri lain dan keduanya cepat dan ketiganya mudah. Apa pun sambal pauh ni kalau makan dengan nasi panas-panas pun sedap.
Resipi yang dikongsikan Zaky ni simple aje, jom cuba…
SAMBAL PAUH
.
BAHAN-BAHAN (kuantiti tengok dalam foto)
- 3 ekor ikan sedang
- buah pauh ( tidak terlalu muda atau terlalu masak) – beli online DI SINI
- Cili padi – beli online DI SINI
Sesudu kecil garam – beli online DI SINI
.
CARA MEMASAK :
1. Kupas dan cincang buah pauh. Ketepikan
2. Ambil ikan goreng dahulu atau dikukus. Ketepikan
.
3. Ambil lesung, masukkan cili padi dan garam, tumbuk.
.
4. Kemudian masukkan buah pauh tadi dan masukkan isi ikan. Tumbuk sekali.
5. Sedia dihidang
Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali
ANDA INGIN MEMBERI MESIN PENGISAR YANG BARU, JOM LAYARI DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap