Shepherd’s Pie antara menu barat untuk hidangan minum petang yang popular dan sangat mudah disediakan, Dari dulu hingga sekarang menu ini menjadi kegemaran ramai orang. Kepada anda yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya,

SHEPHERD’S PIE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 biji kentang (besar), buang kulit dan potong dadu
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan bawang merah cincang
  • 50gm keju cheddar
  • Sedikt garam
  • Sedikit lada hitam
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 1 biji bawang |cincang
  • 600gm daging kisar
  • 2 sudu makan tepung
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 180ml stok daging

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. Ketepikan.
  2. Rebus kentang hingga lembut. Tos dan lenyek. Campurkan mentega, bawang cincang dan keju cheddar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging perang. Masukkan tepung dan masak sebentar (kira-kira 1 minit).
  5. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kecilkan api dan masak selama 5 minit.
  6. Setelah itu tuangkan daging ke dalam loyang, ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
  7. Bakar selama 25 minit sehingga ia masak sepenuhnya.
  8. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI