Minuman yang menyegarkan boleh membantu mood pada hari tersebut jadi lebih menyeronokkan. Apa kata anda cuba buat minuman daripada lemon dan madu. Rasanya sedap dan menyegarkan.
JUS LEMON MADU
BAHAN-BAHAN
2 biji lemon
2 gelas air masak
1 sudu kecil gula
2 sudu besar madu
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Perah jus lemon. Ketepikan. Separuh biji dihiris bulat.
2. Isi air masak dalam bekas. Masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan madu. Kacau sebati.
4. Tuangkan ais. Sedia diminum.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulakan Hari Yang Segar Bertenaga Dengan Secawan Neslo Ria.
Minuman yang dihasilkan dengan kombinasi Milo dan nescafe yang sangat sedap dan memberikan tenaga untuk menempuh hari yang sibuk. Enak dinikmati secara panas mahupun sejuk.
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu besar serbuk Milo
- 1 sudu teh serbuk Nescafe
- Susu pekat manis secukupnya
- Air panas
CARA-CARA:
- Masukkan air panas ke dalam mug.
- Tambahkan milo, nescafe dan susu secukupnya.
- Kacau hingga sebati dan hidangkan.
Cara Buat Air Teh Yang Sempurna , Sedap & Tak Berangin.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Ais Krim Homemade Perisa Jagung
Bila dah lepas makan malam, dapat pula ais krim perisa yang disukai pasti nikmat. Nak puas makan, kalau buat ais krim homemade ikut perisa yang anda suka. Sekarang musim panas. Siang malam panas.Jom kita buat ais krim Malaysia perisa jagung yang sedap gebu mantop.
Bahan-bahan:
Plastik ais krim
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air masak
1 tin jagung krim
Perisa jagung Al-ameen (perisa ini sedap)
4 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campur bahan di atas. Masak sampai panas, tak perlu mendidih.
2.Apabila sejuk, boleh bungkus elok-elok.
3.Bekukan 24jam.
*1 adunan ini boleh dapat 20 batang. Kalau buat pendek-pendek, boleh dapat lebih.
Kredit: cikmar jhd
Boleh beli peralatan memasak yang baru. Mudah saja , Klik sini