Idea snek yang dikongsikan ini memang mudah dan cepat disediakan. Anak-anak pasti suka! Makan panas-panas lepas balik terawih memang layan.  Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Roti tortilla
  • Sos spageti prego ( tin merah)
  • Hirisan cendawan secukupnya
  • Hirisan sosej secukupnya
  • Keju mozarella

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tekap rotin tortilla menggunakan tin prego. Lakukan mengikut jumlah yang anda mahukan.
  2. Letak tortilla yang dipotong tadi ke dalam tray muffin.
  3. Sudukan sos spageti dengan secukupnya dan mengikut citarasa anda.
  4. Letak hirisan cendawan serta sosej.
  5. Akhir sekali, taburkan keju mozarella dengan secukupnya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 hingga 15 minit atau sehingga keju cair
  7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Lenny Marlynna

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI