Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.
MILKEY OREO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam
BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar
HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar
CARA MEMBUAT:
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
- Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
- Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit : masam manis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rendang Ayam Resipi Bonda Kegemaran Ramai
Tidak kira sama ada rendang ayam mahupun daging pasti ramai yang menggemarinya. Lauk ini dibuat banyak dan boleh disimpan dan sejukbeku. Selain makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan pulut dan juga roti. Jom cuba rendang ayam resipi oleh Datin Shida ini.
Rendang Ayam Resipi Bonda
Bahan-bahan:-
Seekor ayam dipotong 16 dan dibersihkan
Bahan-bahan kisar:-
30 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
150gm cili kisar
3 biji buah keras
Bahan tumis
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
1 helai daun kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 ketul gula kabung (optional)
5 sudu makan kerisik
1 kg santan
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit dihiris halus
Minyak untuk menumis
Cara memasak:-
1.Sediakan kuali, panaskan minyak
2.Masukkan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
3.Masukkan bahan-bahan kisar kacau sehingga naik bau
4.Masukkan cili kisar dan kacau sebati sehingga pecah minyak
5.Masukkan ayam dan kacau sebati
6.Masukkan santan dan gula kabung , kacau sebati
7.Masukkan kerisik dan rempah rendang
8.Kacau sehingga rendang separuh kering (slow cook) dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus
9. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
RESIPI BONUS
Rempah Rendang :-
Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih
Bunga cengkih
Ketumbar
1.Cuci semua bahan-bahan di atas dan jemur sehingga kering. Selepas itu sangai tanpa minyak
2.Kisar sehingga halus
*Rempah ini boleh disimpan didalam chiller sebagai stok untuk perasa sup & masakan-masakan lain.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff
@missdessertparlour
Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Kari Sardin Paling Mudah Buat & Gerenti Ulang Kali Makan
Siapa suka sardin jom buat menu simple dan sedap ni.Kari Sardin ni kalau tak ada nasi,sedap juga dicicah dengan roti bakar memang boleh habis sepinggan. Jom kita buat untuk menu sahur nanti pun menarik ni.
Kari Sardin
Bahan-bahan:
1 tin besar sardin ayam brand atau king cup-beli online di sini
Bahan-bahan tumis:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih-beli online di sini
Sedikit halia
Semuanya dihiris
Rempah kari BABA’S
Daun kari’
Sedikit air
Garam dan perasa
Ais asam jawa-beli online di sini
Tomato
Cili besar
Cara memasak:
1.Tumis bahan hiris hingga garing.
2.Masukkan 1 paket rempah kari BABA’S warna kuning
3.Masukkan air sikit dan masak sampai pecah minyak.
4.Masukkan daun kari dan sardin dalam tin tadi, tambah 2 cawan air.
5.Dah agak pekat kuah,masukkan garam, perasa dan air asam jawa sikit.
6.Dah nak masak, baru masukkan tomato belah dua dengan cili besar belah dihujungnya.
7.Siap untuk dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans
Guna Bahan Dapur Ni Supaya Pasir Keluar & Mudah Terbuka Bila Bersihkan Kerang
Tak Sampai 5 Minit Dah Siap, Resipi Mudah Sambal Penyet/Gesek
Variasi Masakan Cina Sedap & Senang Korang Cuba.
Orang Malaysia, memang tak canggung dengan sebahagian masakan Cina. Malah ada daripada masakan Cina dah sinonim dengan tekak masyarakat di Malaysia. Menariknya masakan Cina ni boleh dimasakan dengan cara ringkas seperti tumis, kukus, reneh, panggang dan goreng cepat dan menggunakan api besar. Untuk kelainan ini ada 4 menu masakan Cina yang pedas dan sedap. Selamat Tahun Baru Cina.
TAUHU DENGAN AYAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu lembut Jepun
- 3gm bawang putih | cincang halus
- 2gm halia | hiris halus
- 80gm isi dada ayam | rebus dan hancurkan
- 30gm pes kacang
- 30gm sos tradisional Sichuan
- 20gm sos soya Jepun
- 2gm serbuk cili
- 2gm perasa
- 20gm minyak lada hitam
- 30gm minyak cili
CARA MEMASAK:
- Reneh tauhu. Angkat dan tos airnya.
- Kemudian, tumis bawang putih, halia dan serbuk cili.
- Masukkan minyak cili, minyak lada hitam, perasa, sos soya Jepun, pes kacang dan sos tradisional Sichuan. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan tauhu yang direneh tadi dan kacau perlahan-lahan.
- Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah hancurkan sebelum dihidangkan.
PES KACANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm isi dada ayam | dipanggang terlebih dahulu
- 150gm timun | hiris bulat & nipis
- 30gm kacang tanah | goreng tanpa minyak dan kisar
- 5gm bijan | goreng tanpa minyak
- 200 gm sos Sichuan
- 10gm daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Susun hirisan timun di tepi sekeliling pinggan.
- Kemudian letakkan hirisan dada dan letakkan di tengahnya. Kemudian ketepikan.
- Sementara itu sediakan sos.
- Dalam satu bekas, campurkan sos Sichuan, bijan dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebati.
- Kemudian tuangkan kuah pes tadi ke atas isi ayam dan timun tadi.
- Hiaskan dengan daun ketumbar di atasnya sebelum dihidangkan.
AYAM CHONG QING CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam | potong dadu
- 20gm cili kering | potong kecil
- 10gm lada hitam | kisar kasar
- 5gm halia | hiris
- 5gm bawang merah | hiris
- 5gm bawang putih | hiris
- 1/2gm garam
- 30gm minyak lada hitam
- 3gm serbuk cili
- 2gm serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas.
- Kemudian tumis hirisan cili kering, halia, bawang merah, putih dan lada hitam hingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam, minyak lada hitam, serbuk cili dan serbuk perasa. Kacau sebati.
- Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidangkan.
AYAM GORENG CILI KERING BERSAMA KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam | potong kiub
- 2gm cili kering | hiris 2cm
- 3gm halia | hiris
- 3gm bawang merah | hiris
- 1gm lada hitam | kisar akasar
- 1/2gm garam
- 30 gm minyak lada hitam
- 3gm serbuk cili
- 2gm serbukperasa
- 10 gm kacang gajus | goreng sangai
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
- Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.
SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging lembu Australia | bersih, potong dadu
- 50gm cili benggala hijau | potong dadu
- 50gm cili benggala merah | potong dadu
- 50gm cili benggala kuning | potong dadu
- 50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk seperti bunga
- 20gm cili kering | potong
- 30gm spicy hot bean soauce
- 20gm sos tiram
- 10gm serbuk pati ayam
- 4 sudu makan air
- 50gm minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat.
- Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk.
- Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.