Nak makan mi hailam yang rasanya setanding kedai makan, nah ikut resipi yang super sedap ini. Janji bahan yang digunakan segar barulah ummmph kan.

Mi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat KedaiMi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat Kedai

Mi hailam gantikan nasi seuai juga untuk minum petang atau makan malam. Masak sendiri boleh letak extra udang dan sotong.

MI HAILAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi kuning (500gm)
  • 5 ekor sotong saiz sederhana
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1/4 bunga kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 gelas air
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1/2 – 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih

Mi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat Kedai

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan sayur-sayuran, sotong dan udang untuk masak.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Lagi elok tumbuk sebab nanti aromanya lebih sedap.
  3. Kalau tidak berapa rajin hiris bawang merah dam bawang putih diketuk.
  4. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.
  5. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.
  6. Tutup kuali. Kalau sotong sederhana 3 minit dah cukup. Sotong yg 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulok. Nak tercabut gigi duk gigit sotong liat.
  7. Masukkan udang dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 3 minit.
  8. Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
  9. Anda boleh betulkan rasanya ikut pada selera sendiri. Hendak rasa kicap lebih tambakan kicap, kakau suka kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, mahu kuah lebih tambahkan air.
  10. Masukkan mi, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lame sangat nanti mi kembang. Sawi masuk akhir sekali supaya tidak lembik dan masih rangup bile dimakan.
  11. Hidangkan nanti dengan hirisan daun bawang.

KREDIT RESEPI & GAMBAR: khadijah jaafar

IKLAN

MUNGKIN ANDA MENYUKAI RESIPI INI:

ATAU JUGA RESIPI INI :

Mi Rebus Asli Johor Menu Raya Yang Nikmat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI