Teringin makan mi goreng ala mamak yang basah kaya dengan telur? Tak susah mana ye, yang penting bahan digunakan dan cara mengolah bagi sedap. Mungkin resipi berikut boleh membantu anda membuat mi goreng ala mamak yang sedap untuk hidangan sekeluarga.

MI GORENG MAMAK VEERA
BAHAN-BAHAN:
1 kg mi kuning | rendam dalam air panas selama 5 minit, kemudian tos
1 paket fish ball | hiris nipis
1 paket fish cake | potong nipis
Secekak sawi hijau | [potong 5 cm
3 biji tauhu putih | hiris dan goreng
1 biji bawang besar | mayang halus
5 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos cili
Sedikit lada sulah

Garam dan gaul secukupnya | jika perlu sebab kicap dan sos cili sudah masin dan manis
4 biji telur ayam
1 cawan air

Minyak masak secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi.
  2. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Kemudian masukkan batang sawi (titik sedikit batang sawi).
  3. Setelah kacau rata masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumisan lain.
  4. Masukkan mi kuning dan daun saawi, tambah kicap pekat dan sos cili . Kacau lagi biar sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan air dan biar mendidik sampai pekat.
  6. Besarkan api dan masukkan telur, segara kacau dan kalau perlu guna dua senduk supaya telur sebati dengan mi dalam 2 minit.
  7. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa
  8. Tutup api, hidangkan mi panas-panas..

Kredit : Veera Sarawanan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI