Dulu tak pernah ambil tahu pasal sos Thai buat sendiri, selalunya kalau nak makan beli sahaja di kedai. Tapi sekarang tak perlu lagi ke kedai, hanya dengan bahan yang senang didapati ni kamu boleh sediakan sendiri sos ala Thai macam dekat kedai. Tahan berbulan2-bulan jika letak dalam peti. Tak payah runsing dan pening-pening nak buat, sesuai dimakan bersama keropok, makanan yang celup tepung, makanan yang bakar-bakar, seperti kerang rebus, ikan bakar dan sebagainya. Wajib buat ni.

Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya

RESIPI COLEK ALA THAI

BAHAN 1 ( BLEND HALUS):

Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya
Nampak banyak sebab sukatan ni untuk jualan..kalau untuk makan kat rumah ikut je resepi yang diberi
  • Cili Padi 10 Biji ( Nak Pedas Boleh Lebihkan Lagi )
  • Cili Masak 10 Biji @ Cili Besar Merah ( Potong Kecil2 )
  • ½ Labu Bawang Putih
  • 1 Cawan Cuka
  • 2 Cawan Gula
  • 1 Sudu Teh Garam

BAHAN 2 ( BAHAN UTK MASAK HINGGA JERNIH):

  1. 1 Cawan Cuka
  2. ½ Cawan Gula
  3. Masak Bahan 2 Hingga Jernih Lepastu Masukkan BAHAN2 YANG DIBLEND TADI.. Masak Sehingga Warna Merah Jernih.
Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya
Gula dan cuka dimasak jernih

 

IKLAN
Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya
Masukkan bahan blend tadi. Kacau sampai mendidih dan berubah menjadi jernih. (Ketulan putih tu adalah bawang putih. saya blend tak hancur.. ikut citarasa masing2)

 

Mesti Jadi! Colek Ala Thai Buat Sendiri Mudah Jer Bahannya
Siap! Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.. Tahan berbulan2 tau . Lagi lama simpan lagi sedap sebab sebati dah rasa bawang2 semua tu..

#COLEK NI KALAU NAK LETAK DAUN KETUMBAR PON BOLEH LAGI SEDAP.
#DALAM RESEPI NI SY DAH SUKAT UNTUK AWK2 BUAT KAT RUMAH.. DALAM GAMBAR TUU BANYAK SEBAB SY BUAT UNTK JUALAN SY.

IKLAN

Nota: Lagi Lama Simpan Lagi Sedap Sebab Sebati Dah Rasa Bwg2 Semua Tuu..

Kongsi resipi: Rabiaa Adawiyyah‎

IKLAN

CUBA JUGA RESIPI VIRAL INI:

Heboh Cekodok Stick! Patutlah Viral, Sedap Dan Elok Kejadiannya.

http://www.rasa.my/cekodok-viral-lagi-bebola-keledek-manis-ala-thai-lembut-di-dalam-garing-di-luar/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI