Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
- 300gm daging tetel – hiris
- 3 inci halia – tumbuk kasar
- 3 hiris lengkuas
- 2 pokok akar ketumbar
- 1 biji bawang Holland kecil
- Sedikit kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 sudu teh gula
- Air secukupnya
BAHAN B:
- 3-4 ulas bawang putih – ketuk
- 2 batang serai
- Cili padi secukupnya
- Daun limau purut
- 1 biji bawang Holland
- Daun ketumbar – hiris
- ½ biji tomato
- 2 biji jus limau nipis
- 3-4 sudu makan sos ikan
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Ahmad Shinoda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sos Black Pepper Viral Meleleh Liur. Berbaloi Cuba
Suka makan daging atau ayam black pepper tetapi sukar nak dapat yang menepati citarasa. Kalau ada yang teringin membuatnya sendiri boleh follow cara Cikgu Afy yang pernah viral ni. Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resipi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak.
Sos Black Pepper Viral
Bahan untuk sos black pepper:
3/4 sudu besar planta
1 ulas bawang putih (diracik halus)
1 tin sos spagheti keju
Air suam
1 sudu besar serbuk cheese
1/2 sudu kicap Jalen lemak manis
3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
3/4 sudu kecil gula
Cara memasak:
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.
2. Masukkan 1 ulas bawang putih yangtelah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju.Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).
4.Tambahkan air suam 1 tin.
5. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.
6. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.* jangan guna kicap masin*
7. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
8.Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) Kacau sebati.
9. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Ada yang nak tahu resepi lamb diperap? Tak kena dengan perasanya, daging rasa hambar juga. Ini resipinya.
Bahan perapan ringkas untuk daging kambing
(3 keping)
Bahan-bahan:
– 1 senduk sos lada hitam
– 3 sudu kicap lemak manis
– 3 sudu sos tiram
– 1 sudu besar mixed herbs
Cara membuat:
* anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.
1. Panaskan sedikit Planta. Grill daging sehingga separuh masak.
2. Selepas itu, layurkan seketika daging atas api gas untuk menghasilkan bau yang sedap.
3.Sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper mabeless.
Selamat mencuba!
Kredit : Afy Al Habibi
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Kari & Gulai… Lauk Kesukaan Orang Utara. Nak Sedap Jom Cuba Resipi Warisan Che Nuri Azmi.
Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Bagi siapa nak buat kenduri kecil Ahad ni boleh lah try resipi dari Che Nuri ni.
Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .
1.KARI IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 6 kilo ikan Senangin
- 3 liter santan
- 18 sudu makan rempah kari ikan
- 3 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan halba campur
- 5 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 15 batang kacang bendi
- 4 biji tomato | belah empat
- 1 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air jika perlu
- 1 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 20 ulas bawang merah | hiris halus
- 2 biji bawang putih | hiris halus
- 10 cm halia mudah | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh.
4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato.
6. Tutup api, kari sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau.
Saiz hidangan: 45 orang.
Masa memasak:45minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.
2. KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg ayam | potong sederhana
- 10 biji kentang | kupas dan belah empat
- 2 liter santan
- 15 sudu makan rempah kari daging
- 4 sudu makan serbuk cili
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
- 3 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 10 kuntum bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 10 ulas bawang merah
- 20 ulas bawang putih
- 8cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut.
4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang.
5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula.
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:45 minit .
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.
3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
- 4 batang lobak merah | potong serong
- 5 biji terung bulat | belah enam
- 1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
- 10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
- 5 biji kentang | belah empat
- 3 liter santan
- 1.5 liter air
- 15 sudu makan rempah kari ikan
BAHAN TUMIS DARAT:
- 5 sudu makan halba campr
- 5 biji bawang besar | hiris halus
- 20 ulas bawang putih | hiris halus
- 9cm halia muda | hiris halus
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan.
2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin).
5. Setelah cukup rasa. Tutup api.
6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api.
8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,
INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:40 minit .
Cara memasak : Reneh dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.
4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg daging | hiris nipis dan lebar
- 5 batang umbut kelapa Potong memanjang
- 1 paket rempah kari daging saiz sederhana
- 5 sudu makan serbuk cili
- 1 cawan kerisik
- 10 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan air asam jawa
- 2.5 liter santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 1/2 cawan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
- 4 batang kulit kayu manis
- 8 kuntum bunga lawang
- 15 biji buah pelaga
- 15 biji bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 20 ulas bawang merah
- 20 ulas bawang putih
- 8cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari.
2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes.
3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak.
4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut.
5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa.
7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa.
………….
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Daging Masak Hitam, Manis Pedas Menyelerakan
Selain dimasak rendang atau dendeng, daging masak hitam adalah salah satu yang sangat menyelerakan. Nak buat daging masak hitam yang senang tapi sedap? Cubalah resipi ni. Ini resipi untuk 1 kilogram daging. Kalau nak buat sikit, pandai-pandai bahagikan jumlah bahan-bahannya ya.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 1 kg daging
Rempah 4 sekawan
• Cengkih
• Bunga lawang
• Buah pelaga
• Kayu manis
BAHAN KISAR
• 2 labu bawang besar
• 5 ulas bawang kecil
• 5 Ulas bawang putih
• 1 biji buah keras
• Seruas ibu jari halia
• Seruas ibu jari lengkuas
• 3 batang serai
• 1 sudu besar jintan putih
• 1 sudu besar jintan manis
• 1 Sudu besar lada hitam
• 2 Sudu besar biji ketumbar
• 10 biji cili merah
BAHAN PERASA
• Kicap manis
• 3 Sudu besar kerisik
• Garam dan gula secukupnya
• Air asam jawa
• Daun kari
• Daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan.
2. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau dan garing.
3. Setelah semua bahan tumis sebati dan naik bau wangi masukkan daging.
4. Kecilkan api dan reneh sehingga daging mengeluarkan air dan lembut, tutup kuali. Jika tak cukup lembut boleh tambah air lagi.
5. Setelah daging sudah lembut dan sebati tambahkan Bahan Perasa. Masak sampai seimbang rasa pedas, manis, masin, masam. Biarkan seketika sehingga kering and keluar minyak.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Khairun Nisa Ismail dari Telegram KakiMakan