Tak mau anak-anak bosan dengan menu bekal yang sama, apa kata mak-mak cuba dua menu ringkas tapi sedap yang menggunakan bahan asasnya roti dan mi kering yang kebiasaannya ada tersedia di dapur. Dengan sedikit kreativti, mak-mak boleh jadikannya bebola yang sedap dan gerenti anak-anak suka. Apa yang penting ia lebih berkhasiat dan dijamin kebersihannya. Kalau nak cuba ini dua menunya, boleh siapkan malam, pagi tinggal goreng dan sedia dibawa oleh anak-anak.
.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN BAHAN-BAHAN:
IKLAN
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati. 2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran. 3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata. 4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. 5. Bulat-bulatkan doh hingga habis. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan. 7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
.
IKLAN
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
.
IKLAN
BEBOLA KENTANG INTI AYAM BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK:
1. Masukkn kentang rebus dalam mangkuk, lenyekkan hingga hancur.
2. Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
3. Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
4. Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
5. Golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
6: Panaskan minyak dengan api sederhana.
7. Goreng bebola kentang hingga keperangan.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama sos kesukaan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi ayam masak ungkep ni. Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.
Untuk membuatnya tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya juga senang nak dapat. Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi ini sebagai panduan. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | dipotong 10
2 batang serai | dititik
750ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
1/2 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
7 biji cili padi
3cm kunyit
3cm halia
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan seketika.
Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
Masukkan serai dan ayam yang telah diperap. Gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
Tambahkan asam gelugur, air, garam ,gula dan bahan perasa dengan secukupnya. Tutup kuali.
Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus atau hancur.
Apabila kuah kelihatan kering dan ayam empuk, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Seafood Frozen atau makanan lauk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi kerana ia terjamin bersih dan mudah disediakan, Sesuai sangat untuk suami isteri yang sibuk dikejar masa. Dengan menyimpan stok produk seafood frozen, anda tidak perlu ke pasar setiap hari dan jika terdesak ia sudah tersedia dalam peti sejuk. Keluarkan hanya bila perlu dimasak. Berikut empat menu seafood frozen yang korang boleh cuba.
Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
SAMBAL PECAH TELUR BILIS GARING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
3. Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
4. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garam secukup rasa.
5. Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
6. Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!