Pernah makan menu sardin yang dimasak bersama dengan baked beans? ‘Rare’ sangat kan menu ni. Mungkin anda rasa pelik namun apabila sudah mencubanya, pasti anda akan suka dengan rasanya.

Menerusi perkongsian daripada Tina Zahra Zamanuddin ini, dia mendapat inspirasi daripada resipi Raja Permaisuri Agong sendiri iaitu Tuanku Azizah yang dikongsikan dalam laman sosial.

Menu sardin dengan baked beans ini sedap dimakan dengan lempeng kelapa berlemak.

Menu Ala Diraja, Resipi Sardin Dengan Baked Beans Yang Harus Dicuba

RESIPI CARA BUAT SARDIN WITH BAKED BEANS

BAHAN-BAHAN:

1 tin sardin (saya guna tin kecil)
1 tin baked beans (saya guna tin kecil) – beli online DI SINI
4 ulas bawang putih | mayang halus – beli online DI SINI
Bawang merah kecil yang banyak (yang ini boleh agak mengikut yang digunakan) | mayang tebal sikit – beli online DI SINI
15 cili padi merah & hijau (dalam 4 batang mayang untuk ditumis, bakinya koyakkan sikit supaya keluar pedas) – beli online DI SINI
2 sudu besar cili giling (jika suka,tapi saya tak pakai sebab malas nak kisar) – beli online DI SINI
2 sudu besar sos cili – beli online DI SINI
2 sudu besar sos tiram – beli online DI SINI
2 sudu besar kicap manis – beli online DI SINI
Daun bawang sikit | dimayang 
4 biji tomato kecil | potong 4
Garam, gula, perasa (jika perlu, tapi saya tak pakai sebab dah sedap terasa)

TONTON Dapur Rasa Live:  Spageti Sos Rendang 

TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Mi Kari 

IKLAN

Menu Ala Diraja, Resipi Sardin Dengan Baked Beans Yang Harus Dicuba

CARA-CARA:

1. Goreng dulu ikan sardin (untuk hilangkan hanyir tapi hati-hati kerana ikan akan meletop kuat). Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan sedikit bawang merah bersama cili padi yang diracik sehingga naik bau.
3. Masukkan lebihan sos sardin, sos cili, sos tiram dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan lebihan bawang merah dan cili tadi.
4. Seterusnya masukkan baked beans. Gaul rata kemudian masukkan tomato dan masak seketika.
4. Akhir sekali, masukkan sardin yang dah digoreng dan daun bawang. Gaul rata dan siap!

Menu Ala Diraja, Resipi Sardin Dengan Baked Beans Yang Harus Dicuba

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

RESIPI LEMPENG KELAPA BERLEMAK (CARA SAYA):

BAHAN-BAHAN:

3 cawan kecil tepung gandum* – beli online DI SINI
1/3 cawan kecil mentega/minyak masak* – beli online DI SINI
500ml susu fresh milk*
1 cawan kecil kelapa muda parut (jika suka boleh letak lebih)
1 sudu kecil garam* – beli online DI SINI
1 sudu besar gula* – beli online DI SINI

Menu Ala Diraja, Resipi Sardin Dengan Baked Beans Yang Harus Dicuba

CARA-CARA:

IKLAN

Kisar halus semua bahan bertanda * dan masukkan kelapa. Perap dalam 4 jam dan boleh masak. Kalau tak nak perap pun tak apa. Adunan memang agak cair supaya lempeng lembut nanti.

Kredit resipi: Tina Zahra Zamanuddin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Mudah Saja Nak Buat Telur Gedik, Wanita Ini Kongsi Tipsnya

Buat Sendiri Roti Di Rumah, Lembut & Gebu Macam Roti Bakeri

Apam Sua Dengan Inti Kelapa Manis & Kacang Tanah, Lemak Manis Tak Cukup Satu

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI