Hidangan mi berkuah yang ringkas tapi menjadi hidangan lengkap dengan pelbagai bahan. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk menambah bahan-bahan lain seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya.

Menu Simple Tapi Sedap, Buat Mi Hailam Untuk Sahur

MI HAILAM ALA MELAYU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 bungkus mee kuning (Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan)
  • 500gm isi ayam atau daging
  • 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
  • Air rebusan tulang ayam atau daging (Jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee)
  • 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk tumis

BAHAN KISAR:

  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih

 

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ini untuk seal daging supaya nanti daging tidak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
  4. Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Sudah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu.
  5. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
  6. Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Info: Jika tiada air rebusan daging atau ayam. Boleh gantikan dengan kiub pati ayam atau daging.

Kredit:Eny Yusnizar Abdullah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI