Bosan dengan mee hoon goreng biasa tu bolehlah cuba resipi mee hoon goreng tomyam mudah dan sedap ni! Tip mudah kalau nak rasa tomyam yang kaw beli je pes tomyam yang terkenal tu nanti admin kongsikan gambarnya di bawah. Kalau nak buat menu potluck pun sangatlah sesuai menu mee hoon goreng tomyam ni. Resipi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di Facebook. Jom kita cuba resipi ini.

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

 

Nak masak Mee Hoon Goreng Tomyam ni guna kuali besar baru puas nak menggaul! Contoh macam guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok beli dengan harga istimewa guna code RASGSP5 DISINI!

 

MEE HOON GORENG TOMYAM

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus bihun – rendam hingga lembut – BELI DISINI 

6-7 ulas bawang putih** – BELI DISINI

5 biji cili padi** – BELI DISINI

3 sudu besar pes tom yum

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

2 sudu besar cili kisar

IKLAN

2 sudu besar sos tiram – BELI DISINI

1 sudu besar sos ikan – BELI DISINI

Kobis dan lobak merah

1 ikat sawi

3 helai daun limau purut -dikoyak² – BELI DISINI

Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam je)

1 cawan air

Garam dan sedikit gula

Minyak untuk menumis

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak tumis bahan² bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.

3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.

4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

5. Masukkan bihun, sayur²an dan daun limau purut. Gaul rata² hingga semua lembut masak sekata.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

IKLAN

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rozmaliza Omar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Makaroni Bakar Sedap! Boleh Ganti Kek Hari Jadi

Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

Resipi Nasi Serai Memberi Aroma Yang Pasti Membangkitkan Selera

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

https://dai.ly/x8cj88t

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI