Mee Goreng Basah Sedap Meletops & Mudah!

Nampak seperti mi goreng biasa tapi cukup rasa dan mi yang lembab.

MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 pack mi kuning
  • Isi ayam potong kecil (ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
  • Daun kucai
  • 1 biji buah tomato – potong kasar
  • 8-9 ulas bawang putih – ditumbuk
  • Segenggam cili kering (potong, rendam, kisar -masa kisar letak air sikit)
  • Kicap manis
  • 1 sudu besar garam
  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar minyak masak

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sekejap bagi isi ayam nampak putih.
  3. Selepas itu boleh masukkan cili kering yang dikisar tadi,
  4. Kemudian boleh terus masukkan gula, garam, dan kicap. Untuk bagi warna cantik lebihkan kicap.
  5. Tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat. Rasa sikit kalau ok boleh masukkan mi dan gaul sebati.
  6. Janagan tinggalkan mi, gaul sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak pekat sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan daun kucai yang suda di potong. Gaul dalam 2 minit dan boleh tutup api.

INFO:Untuk dapat mi yang lembab jangan masak mi sampai terlalu kering. Kalau suka boleh tambahkan udang, fishcake dan bebola ikan.
KREDIT RESEPI & GAMBAR: Cik Puan Hajar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI