Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian dan azab yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.

Media Barat Mula Mengkaji Pesanan Rasulullah & Mengakui Kebenaran Islam Dalam Menangani Wabak Covid-19

Malah media barat mula mencari solusi dari aspek spritual dan melihat perspektif dari sudut agama dan ajaran Islam.Laporan dari media barat mengakui kebenaran Islam dalam mengatasi wabak penyakit dari COVID-19.

Baru-baru ini Newsweek memetik pesanan dan sabda Rasulullah S.A.W dalam menghadapi coronavirus. Majalah terbitan Amerika Syarikat ini menyatakan dua petikan hadis untuk menjawab persoalan berkenaan dua aspek menangani pandamik covid 19 iaitu beribadah (sembahyang dan berdoa) dan kuarantin .

Menurut pandangan pengkaji dan cendiakawan Professor Craig Considine samada ibadat sahaja yang dapat mengalahkan coronavirus, katanya, Nabi Muhammad s.a.w telah lebih dahulu memberi pesan dan nasihat bagaimana mengelakkan dan menangani sesuatu wabak itu.

Kata Considine, di kala pakar perubatan dan para immunologis (doktor perubatan yang mengesan, merawat, keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun dalam tubuh), memberi nasihat pentingnya amalan kebersihan (hygiene) yang baik dan kuarantin dapat memperlahankan penyebaran coronavirus Rasulullah telah pun memberikan saranan yang sama mengenai pandemik lebih 1300 tahun yang lalu .

Menurut Sabda Rasulullah : “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).

Media Barat Mula Mengkaji Pesanan Rasulullah & Mengakui Kebenaran Islam Dalam Menangani Wabak Covid-19

IKLAN

Hadis Rasulullah inilah yang disebut Considine, dan tambahnya lagi Nabi Muhammad ada berpesan “Mereka yang mengalami wabak penyakit perlu dijauhkan dengan mereka yang sihat.”

Artikel dalam Newsweek ini juga memetik dan menyatakan hadis Rasullulah ini,

“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Riwayat Imam Muslim.

Media Barat Mula Mengkaji Pesanan Rasulullah & Mengakui Kebenaran Islam Dalam Menangani Wabak Covid-19

“Basuh tangan setelah bangun dari tidur sebab anda tidak tahu di mana pergerakan tangan semasa keadaan tidur. Rahmat dan keberkatan makanan itu terkandung dengan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.”

IKLAN

Media Barat Mula Mengkaji Pesanan Rasulullah & Mengakui Kebenaran Islam Dalam Menangani Wabak Covid-19

Bagaimana pula jika masih jatuh sakit juga, laporan Newsweek sekali lagi memetik ajaran Rasululah yang berpesan rawat dan berubat kerana Allah tidak mencipta sesuatu penyakit itu tanpa ada penawar dan ubat untuknya kecuali sakit tua.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]

Dalam mengimbangkan iman dan tawakal artikel ini juga menyebut,” Kebelakangan ini ada yang mempunyai tanggapan sejauh ini iaitu sembahyang dan ibadat adalah lebih baik untuk melindungi diri daripada coronavirus berbanding mematuhi peraturan asas penjarakkan sosial dan arahan menjalani kuarantin.

Laporan artikel itu sekali lagi menyebut respon Rasulullah mengenai tanggapan hanya ibadat sahaja satu satunya jalan penyelesaian , Newsweek mengajak pembaca meneliti satu riwayat dari At-Tirmidzi, “Rasulullah melihat lelaki Arab Badawi meninggalkan unta tanpa diikat talinya. Baginda langsung mendatanginya dan bersabda mengapa kamu tidak mengikat unta. Jawabnya saya bertawakkal kepada Allah. Sabda baginda lagi ikat dahulu talinya, kemudian bertawakal lah.

IKLAN

Di sinilah Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Newsweek menyatakan Rasulullah mengajar manusia untuk mengikut panduan dan bimbingan agama dan turut mengambil langkah berhati-hati demi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat.

Memang benarlah setiap musibah itu memang ada hikmah di sebaliknya, jika masyarakat Barat dan bukan Islam mula menyedari kebenaran ajaran Islam bagaimana pula dengan kita sebagai masyarakat Islam.

Setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit. Elakkan tempat yang sesak yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya wabak Covid 19.

Media Barat Mula Mengkaji Pesanan Rasulullah & Mengakui Kebenaran Islam Dalam Menangani Wabak Covid-19

Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)

Ayuh, jalankan tanggungjawab kita duduklah di rumah dan akur dengan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jom sama-sama kita usaha dan putuskanlah rantaian wabak ini . Jagalah kebersihan diri dan kediaman masing-masing untuk menurunkan dan menghapuskan risiko wabak penyakit ini.

Sumber foto : Sinar Harian & Astro Awani

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI