Kerang yang dimasak sambal sesuai makan dengan nasi lemak, lempeng atau jemput-jemput. Kerang boleh dimasak dengan cengkerang atau isi kerang sahaja.

Masakkan Mudah Dengan Sambal Kerang Padu

SAMBAL KERANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN: ( untuk 2 orang makan )

IKLAN
  • 1/2kg kerang
  • 10 tangkai cili kering (rendam kasi lembut)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • Sedikit air asam
  • Minyak masak

Masakkan Mudah Dengan Sambal Kerang PaduMasakkan Mudah Dengan Sambal Kerang Padu

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kerang. Kalau kulit dah nampak macam terbuka tuu maknanya dah masak lah tuu
  2. Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan
  3. Panaskan minyak masak, tumis lada yang telah di kisar tadi sampai pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air asam, garam dan gula tunggu sampai sambal jadi garing.
  5. Akhir sekali masukkan kerang yang telah dikopek (kalau tak nak kopek pun boleh)
  6. Gaul rata dan siap.

Kredit: Azliza Azman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI