Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
IKLAN
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
IKLAN
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
IKLAN
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda.
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan jenahak | dihiris
2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
50 gm cili padi hijau
120 gm bawang kecil
40 gm halia | hiris nipis-nipis
5 gm halba
10 gm serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau. 2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak. 3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa. 4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api. 5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat. 6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak :Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Masakan India Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
2 sm halia |ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1.5 sm halia | ditumbuk halus
120 gm bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam
125 gm bawang besar |dicincang halus
2 ulas bawang putih / dihiris halus
1 biji cili hijau | dihiris haluss
2 sudu teh serbuk ketumbar
25 gm kulit kayu manis
3 gm chat masala
1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
120 gm tomato/dibelah baji
40 gm gajus panggang
1 cawan krim masakan
1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak 3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi 4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya 5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas 6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda. 7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit 8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan panggang Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter 2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Ayam Pedas Koreani memang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa pedas, manis memang layan. Namun kalau nak beli di restoran makanan Korea, harganya boleh tahan mahal. Jadi buat anda yang nak buat menu ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Sangat cepat dan tak perlu banyak bahan. Sempoi…