Sedapnya Mee Wantan Kicap ni. Ia merupakan salah satu hidangan mi ringkas yang membangkitkan selera dan menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan pula bersama sup dan kicap cili. Fuhhh….Memang sangat sempurna dan mengenyangkan. Nak cuba? Saudari Sue Abdullah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

RESIPI WANTAN MEE KICAP HOMEMADE

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap

BAHAN-BAHAN:
Mee wantan
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam
1 sudu besar kicap pekat beli online disini
1 1/2 sudu besar kicap cair beli online disini
2 sudu besar kicap manis beli online disini
1 sudu besar minyak bijan beli online disini

BAHAN SUP:
Bebola ikan
Kek ikan
Tauhu pok /tauhu kering
Serbuk lada sulah beli online disini
Serbuk pati ayam beli online disini
Minyak bawang putih 
Air secukupnya

BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
1 labu bawang putih – potong halus beli online disini
1 cawan minyak masak

BAHAN SAMPINGAN:
Cili padi potong
Kicap cair
Sawi- dicelur

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Didihkan air dengan minyak dan sedikit garam. Bila air sudah mendidih, masukkan mee wantan satu persatu (segulung demi segulung) dan tapiskan.

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
2. Dalam pinggan lain, gaulkan mee wantan yang telah dicelur tadi dengan kicap pekat, kicap cair, kicap manis dan minyak bijan. Ulang bahan dan langkah yang sama untuk rebusan mee wantan yang lain.

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
4. Tambahkan hirisan bebola, kek ikan dan tauhu kering. Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan minyak bawang putih dengan secukupnya. Biarkan mendidih. Padamkan api.

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
5. Untuk membuat Kicap Cili, cili padi potong halus dan dicampurkan bersama kicap cair.

IKLAN

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
6. Untuk sawi celur pula, guna sawi jenis tidak pahit supaya rasanya lebih enak. Boleh guna (Pak Choy)

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
7. Untuk menyediakan minyak bawang putih, satukan minyak masak dan bawang putih di dalam kuali. Goreng guna api perlahan hingga garing.

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap
8. Untuk menghidang, masukkan mee wantan ke dalam mangkuk, tambahkan sayur, sup dan bahan-bahan lain. Sedia untuk dinikmati.

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap

Kredit resipi & foto: Sue Abdullah

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan

Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat, Sedap & Mudah Resipinya

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Rojak Mamak. Masak Sendiri Baru Puas Makan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=y1lX4_z8uGs

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI