Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. SuiSan Aliezsha melalui facebook telah berkongsi resipi masak lemak cili api jantung pisang dan pucuk ubi. Memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng. Sedap sungguh.
Gunakan jantung pisang nipah kerana jantung pisang nipah tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI
IKLAN
BAHAN-BAHAN
IKLAN
1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak
IKLAN
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
1. PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
.
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
2. TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
3. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
ANDA MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG, JOM LAYARI DI SINIUNTUK PELBAGAI PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.
Selalunya petai kita buat sambal, rupanya boleh juga dibuat masak serunding. Menu serunding petai ini ‘rare’, kalau nak tahu rasa kenalah cuba masak sendiri. Resipinya dikongsi oleh Siti Yani.
Resipi serunding petai
Bahan-bahan:
Petai dibuang kulit & hiris kecil
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Daun Kunyit
Bahan tumbuk:
2 batang serai
3 labu bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.
Daripada biar petai kecut tidak berusik dan akhirnya terbuang. Ini khas untuk peminat petai jeruk, sangat senang kerana sekarang boleh buat sendiri di rumah.
JERUK PETAI EXPRESS
BAHAN-BAHAN
Petai
Garam
Asam gelugor
Cili padi (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Kopek petai dan untuk mengelakkan petai kecut rendamkan dalam air panas dalam 5-10 minit.
2. Toskan petai dan masukkan dalam botol atau bekas kosong.
3. Masakkan air kosong bersama garam dan tambahkan asam gelugor sekeping. Biarkan air garam sehingga mendidih dan tutupkan api.
4. Biarkan air garam sejuk. Bila sudah sejuk masukkan ke dalam botol berisi petai tadi.
5. Jika suka boleh masukkan cili padi. Tutup rapat bekas dan letakkan dalam peti sejuk.