Pecal adalah antara sajian sedap masyarakat Jawa yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pecal ni memang ‘special’, anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau pun malam. Jika di bulan puasa begini, emmang enak sekali masak menu ni. Rahsia keenakannya terletak pada kuah. Kalau ‘power’ kuahnya, maka sedaplah pecal anda. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Farah Latib Cool ini pasti memukau selera. Menurut beliau ia adalah resipi dari arwah ibu. Pasti enak. Jom cuba!

 

RESIPI PECAL HOMEMADE SEDAP & MUDAH

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

BAHAN-BAHAN:

7 biji bawang merah kecil beli online disini
3 ulas bawang putih beli online disini
Belacan – besar 2 jari beli online disini
10 biji cili api
10 tangkai cili kering beli online disini
4-5 helai daun limau purut
500gm kacang tanah beli online disini
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air asam jawa secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Goreng kacang tanah, buang kulit kemudian kisar. Ketepikan.

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak
2. Kemudian goreng bawang merah kecil, bawang putih, belacan, cili padi, cili kering dan daun limau purut hingga wangi. Angkat.

IKLAN

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak
3. Kisar bahan goreng tadi bersama air asam jawa, gula, garam dan perasa. Boleh lebihkan gula supaya kuah pecal manis sedikit.
4. Campurkan bahan kisar bersama kacang tanah yang siap digoreng dan dikisar tadi. Sebatikan.

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak
5. Kuah pecal sedia dihidangkan bersama aneka sayur-sayuran celur.

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

INFO: Kalau nak masukkan ubi cekur pun boleh bagi menggantikan daun limau purut. Kisar bersama bahan-bahan lain.

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Farah Latib Cool

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Terlajak Sedap. Resipi Ayam Meraung ‘Confirm’ Buat Makan Bertambah

Cara Masak Kuah Ikan Percik Yang Sangat Sedap Guna Resipi Tradisi

Buat Sendiri Kuetiau Homemade Guna 3 Bahan Mudah

Buat Sendiri Colek Buah & Serbuk Colek Macam Dekat Thailand. Mudah Je!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI