Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.
MI SANGGUL GORENG
BAHAN-BAHAN:
- Mi Sanggul
- 1 biji besar bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 sendul cili kisar
- sos cili
- sos tomato
- pati ayam
- kicap manis
- kicap masin
- kicap pedas
- sos tiram
- Daging (dihiris nipis)
- Udang kering
- Udang
- Kucai
- Sawi
- Taugeh
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
- Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
- Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
- Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
- Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Annisa Katering Kedah Penang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mi Bakso Cibiuk Resipi Ringkas Padang
Mi Bakso makanan terkenal dari negara seberang yang menjadi kegemaran masyarakat negara kita. Bezanya resipi dari Padang, Indonesia ini menggunakan mi telur untuk rasa kelainan.
MI BAKSO CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mi telur kering
- 500ml air
- 1 sudu makan minyak bijan
- 2 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN KUAH:
- 4 ulas bawang putih ] cincang halus
- 4 ulas bawang merah ] cincang halus
- 2cm halia muda ] kisar halus
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 20 biji bebola daging
- Sawi hijau dipotong 3cm ] celur
- 750ml air rebusan tulang
BAHAN PELENGKAP:
- 2 sudu makan bawang goreng
- 2 sudu makan hirisan daun bawang
- 2 sudu makan hirisan daun saderi
- 1 sudu makan minyak bijan
- Sambal cili atau kicap
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan mi, campurkan minjak bijan dengan serbuk lada hitam dan kicap masin. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk, rebus mi kering hingga masak, kemudian toskan.
3. Seterusnya tuangkan campuran bahan minyak bijan tadi di dalam bekas mi, gaul rata.
4. Untuk menyediakan kuah bakso, panaskan minyak bijan, tumis halia dan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
5. Tambahkan air stok rebusan tulang dan masukkan bebola daging. Biarkan kuah mendidih.
6. Apabila hampir masak perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
7. .Sebelum angkat masukkan sawi.
8. Tuangkan kuah bakso dalam mangkuk yang berisi mi tadi. Hiaskan dengan hirisan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Cara Memasak: Rebus
Jenis Masakan: Mi
Keistimewaan: Enak berperisa
Anggaran kos: RM 10
INFO CHEF: Enak dihidangkan bersama sambal cili atau sambal kicap.
Buat Mee Kuah Cara Pantai Timur, Mee & Kuah Masak Sekali. Siap Masak Kena Terus Makan!
Mee kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mee akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mee menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Cara buat mi kuah stail pantai timur
Bahan-bahan
Mee kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
Cara membuat:
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.
Selamat mencuba
Sumber: Mohamad Ridhuan Othman
Sedapnya. Resipi Asam Laksa Sedap Ala-Ala D’laksa Yang Sangat Mudah
Bagi para peminat Asam laksa D’laksa di pasaraya tersohor, pasti tahu akan keenakannya. Bila lalu depan kiosk, semerbak bau harum kuah laksanya. Pekat, masam, masin memang lengkap. Siap dengan petis undang untuk menaikkan selera. Terasa nak cuba masak menu ala D’laksa ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Rozie Mnor ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK ASAM LAKSA SEDAP ALA D’LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin mackerel (cap ayam) – beli online disini
1 bungkus pes Asam Pedas Adabi – beli online disini
3 biji bawang merah sederhana besar – beli online disini
1 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesum
Sedikit belacan – beli online disini
1 bungkus laksa basah – celur dalam 5-10 minit – beli online disini
Air secukupnya
Asam keping
Bebola ikan secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Salad
Bawang merah
Limau kasturi
Petis udang – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan kuah laksa, kisar semua bahan tadi kecuali daun kesum dan bunga kantan hingga halus.
2. Masak semua bahan tadi dan masukkan air sesuai dengan kepekatan kuah yang dikehendaki.
3. Perisakan dengan garam dan gula (pilihan) dan asam keping. Boleh tambah serbuk perasa jika suka.
4. Masuk bebola ikan. Masak hingga kuah masak sempurna dan cukup rasa.
5. Bila kuah masak, hidangkan bersama laksa dan bahan-bahan sampingan.
6. Laksa ala D’laksa sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rozie Mnor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis. Simple Je Tapi Sedap
Resepi Cinnamon Roll Homemade Mudah & Sedap. Guna 4 Bahan Je
Garing Di Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Kuih Wade Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official