Buka periuk tengok-tengok ada banyak pulak lebihan nasi semalam. Rezeki jangan dibuang, dah jemu dengan nasi goreng bolehlah cuba menu nugget nasi yang sedap ni.
.
Ni dia resipi yang dikongsikan Fatin Damia @ kakak cantik, mudah sangat membuatnya. Kata fatin,”Boleh tambahkan sayur, isi ayam atau keju di dalamnya jika suka. Hidangkan panas-panas mesti habis sepiring.”
Jom semak resipi Nugget Nasi ringkas dari Fatin.
NUGGET NASI DENGAN AYAM
.
BAHAN-BAHAN :
IKLAN
2 cawan nasi
1 biji telur
1/2 cawan isi ayam kisar ( optional )
Serbuk roti
Garam dan serbuk lada secukup rasa.
CARA MEMASAK :
1. Kisar halus nasi, isi ayam, garam dan serbuk lada tanpa menggunakan air. Boleh juga guna lesung batu jika tiada pengisar makanan.
2. Setelah dikisar halus, basahkan tapak tangan dan bentukkan nya seperti bebola kecil kecil.
3. Golekkan dalam serbuk roti dan simpan dalam peti beku lebih kurang 1 jam.
4. Setelah 1 jam, panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sampai masak dan bewarna kuning keemasan.
5. Hidangkan dan sedap dimakan bersama sos ataupun mayonis.
.
Tip dari Fatin :
*Nugget nasi ini boleh dikisar bersama bersama Carrot atau pun sayur sayuran lain untuk menambah serat dan vitamin dalam makanan.
* Boleh dibekukan dan tahan sehingga 1 tahun.
Hari pertama berpuasa ni mesti asyik berfikir je menu apa yang nak dimasak balik kerja nanti. Apa kata masak Ketam Telur Masin Mentega ni. Mudah saja cara nak membuatnya. Campak-campak dah menjadi. Ada gabungan rasa manis, masin, lemak dan pedas yang tak jemu dimakan. Lebih enak bila menggunakan Anchor Unsalted Butter kerana mentega ini diperbuat daripada 100% susu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput segar. Memang sedap hingga menjilat jari. Jom cuba.
KETAM TELUR MASIN MENTEGA
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz medium – belah dua
4 sudu makan serbuk telur masin
120gram Anchor Unsalted Butter
6 biji cili padi – hiris kecil
2 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Ketam yang telah dibersihkan ditabur dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan serbuk telur masin, cili padi, daun kari dan gula lalu kacau rata.
Masukkan ketam yang telah digoreng lalu kaup-balikkan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah sedikit garam (jika perlu).
Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
Sagu antara bahan mentah yang menjadi carian ramai para suri rumah untuk dipelbagaikan menu kuih, bubur mahupun puding. Tambah santan, susu dan gula melaka, memang terbaiklah rasanya. Untuk itu, kali ini RASA sediakan empat menu pembuka selera berasaskan sagu biji yang mudah untuk anda semua cuba.
SAGU GULA MELAKA BAHAN-BAHAN 2 cawan sagu putih 5-6 cawan air Pewarna hijau 2 helai daun pandan ⠀ BAHAN KUAH: 1 tin susu cair 1 ketul gula melaka 1/4 gula merah 3/4 cawan air 1 helai daun pandan BAHAN SAMPINGAN: Laici/ longan dalam tin secukupnya 500ml santan/susu cair
CARA MEMBUAT:
Cuci bersih sagu dan rendam bersama perwarna hijau lebih kurang 20 minit, kemudian toskan.
Panaskan air bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan sagu.
Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata hingga tidak ada biji-biji putih.
Kemudian tuang dalam tapisan dan lalukan di bawah air paip mengalis. Ketepikan.
Sementara itu sediakan air gula melaka. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan dalam periuk.
Renehkan hingga gula hancur. Tutup api dan biarkan sejuk.
Untuk menghidangkan, masukkan air gula melaka dala, gelas atau acuan lebih kurang 2 sudu makan. Masukkan sagu dan akhir dengan santan atau susu cair.
Sejukkan sebelum sedia dihidangkan. Jika suka boleh tambah laici atau longan dalam tin.