Resipi perkongsian dari saudari Ziera Johari II

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm makaroni
  • 2 tin sos Cheese & Herbs prego
  • 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
  • 1 biji lada benggala ( merah & hijau)
  • 1 tin cendawan butang | hiris
  • 1 paket sosej ayam | hiris
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
  3. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
  5. Makaroni Goreng Keju. Menu ‘Breakfast’ Istimewa Yang Pasti Laris!Seterusnya masukkan lada benggala.
  6. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Sedia untuk dinikmati.

Makaroni Goreng Keju. Menu ‘Breakfast’ Istimewa Yang Pasti Laris!

Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.

IKLAN

 

Kredit gambar & resipi: Ziera Johari II

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI