Pelik tapi benar. Seorang warga emas yang dikenali sebagai Isa Ahmad , 65 mempunyai tabiat pelik iaitu dengan makan nasi putih berkuahkan kopi o panas. Tabiat ini diamalkan sejak dia berusia 17 tahun lagi hingga sukar untuk meninggalkan tabiat pelik ini.

Pakcik Isa akan sentiasa memesan kopi o panas setengah sudu gula untuk dimakan bersama nasi sekiranya dia singgah ke kedai makan.  Walaupun sering dipandang pelik oleh orang sekeliling, pakcik Isa langsung tidak mempedulikan dan terus menikmati nasi berkuahkan kopi o panas kesukaannya itu.

Makan Nasi Kuah Kopi O

Jelas pakcik Isa, dia akan tuang kopi o panas ke dalam nasi dan menikmatinya dengan sepenuh hati.  Selain nasi yang dimakan bersama air kopi, pakcik Isa makan roti canai berkuahkan air kopi o ini.

IKLAN

Isterinya, Zaharah Jaafar 55 sudah lali dengan tabiat pelik suaminya malah tidak pernah melarang pakcik Isa dari meneruskan tabiatnya. Pakcik Isa yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional  berkata nasi berkuahkan kopi kegemarannya sudah cukup membuatkan dirinya berasa kenyang.

Bukan hanya Pakcik Isa saja yang mempunyai tabiat makanan yang pelik malah makanan ini juga telah menjadi ikutan sesetengah pihak.

 

IKLAN

Makan Nasi Kuah Kopi O

Kesan positif yang ada pada kopi:

IKLAN
  • Kopi dapat mengurangi risiko terkena penyakit Alzheimer.
  • Kopi dapat mengurangi risiko terkena pengakit Parkinson.
  • Kopi dapat membantu meningkatkan memori jangka pendek manusia.
  • Hal ini terutama disebabkan kerana kafein yang dikandungnya bertindak balas secara kimia menstimulasi dan membantu kita untuk menangkap dan fokus terhadap informasi yang diterima lebih baik untuk jangka pendek tertentu.
  • Kopi dapat membantu meredakan sakit kepala, Kandungan kafein dapat membantu meningkatkan kesan ubat-ubatan yang berfungsi untuk menghilangkan rasa sakit sementara seperti aspirin, midol dan excedrin. Banyak dari ubat sakit kepala dan migran mengandung kafein dalam jumlah kecil.
  • Kopi merupakan efektif antioksidan.
  • Kopi merupakan diuretic yang baik. Minum kopi membuat orang lebih sering buang air kecil. Ini bagus untuk membantu tubuh membuang semua zat-zat ataupun kandungan yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh.
  • Kopi juga membantu mengurangi risiko terkena batu ginjal.

Kesan negatif yang ada pada kopi:

  • Kopi dapat menyebabkan constipation atau susah buang air besar.
  • Kopi menyebabkan karang gigi dan gigi menjadi kuning bia dikonsumsi dalam jumlah berlebihan.

Diolah oleh Feyra Nasrom hmetro / gegar.fm

Sumber:http://doktersehat.com/efek-negatif-positif-minum-kopi/#ixzz4vG4cCGj8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI