Beli ikan rebus di kedai tidak sama dengan yang dibuat. Ikan rebus style Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak-agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir.

Ikan ini sesuai diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap.

RESIPI IKAN REBUS

Mak Mertua Mai Rumah Buatkan Ikan Rebus. Perap 3, 4 Hari Bertambah Sedap! Trylah…

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Ikan selayang
  • Asam keping
  • Garam kasar
  • Sedikit gula kabung
  • Air

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan asam keping, garam kasar dan sedikit gula kabung
  2. Air paras tenggelamkan ikan, rebuskan. Jangan kacau ikan itu.
  3. Bila air sudah menggelegak, tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama. Hanya panaskan/perangatkan sahaja.
  4. Tidak perlu masuk dalam peti ais. Cumat perangatkan sahaja hari-hari.
  5. Jika air dalam periuk dah kering, tambah sikit air dan panaskan.
  6. Nak makan hanya goreng sahaja.

Kongsi resipi: Eyta Umairah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI