Jika anda penggemar sajian barat tetapi mahukan sedikit sentuhan Asia dan Melayu, Trust Issue Kafe ‘wajib’ dikunjungi. Menu campuran barat dan timur ini lah yang disebut fusion.

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Terdapat lebih 50 menu di sini,menarik bukan. Daripada jumlah itu menu spageti sahaja ada 9 pilihan. Spageti ayam perciknya memang ‘ummphh’. Pasta barat tapi sos atau kuahnya lari dari kebiasaan.

Jika selama ini anda terbiasa dengan spageti bolognese,carbonara dan aglio olio, di sini anda boleh cuba spageti dengan kuah berbeza. Stir Fried Beef Spaghetti dan Crab With Salted Egg Spaghetti adalah antara dua menu popular dan laris.

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Restoran ini dimiliki anak muda, Muhammad Attiq Hanafi, 27 tahun, bersama dua lagi rakan kongsi. Barisan ‘dapurnya’ pula diketuai oleh Chef Anwar Ayob,27 tahun. Mereka membuat R & D sendiri sebelum mencipta menu. Sesuai dengan sajian fusion ramuan masakan di sini banyak menggunakan herba dan rempah ratus.

IKLAN

Selain itu terdapat sajian nasi dengan Masak lemak daging salai, Kambing Kicap, Burrito, Cheesy Creamy Meatballs, Munchy Bytes yang lazat.

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Hiasan dalam kafe ini pun sangat unik. Moden kontemporari dengan konsep ‘industrial’. Lokasinya selesa untuk bersembang dan bertemu keluarga dan rakan.

IKLAN

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Di sini juga terdapat dessert pelbagai jenis kek gebu yang istimewa. Set sajian utama bersama air, harganya bermula dari RM 20.

IKLAN

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Menu air yang menarik perhatian pastinya Harley Quinn, Joker, Virginia Sunset yang dibancuh oleh barista berpengalaman. Air berwarna dengan rasa lemon, strawberi, rose memang sedap.

Jadi jika anda berkelapangan jom menjamu selera di sini

Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Kafe Trust Issue KL:
Alamat : 102,Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri , KL
Waktu operasi : Isnin-Khamis 12 tghari hingga 12 malam
Sabtu-Ahad : 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat : 4 ptg hingga 1 pagi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI