Siapa di sini yang suka sambal ikan bilis rangup seperti yang orang jual di kedai? Min memang peminat setia sambal ikan bilis. Jadi bila dah jumpa resipi mudah untuk membuatnya, memang seronok.
Tambah bila waktu PKP begini, masak banyak boleh simpan buat stok. Nak makan pun senang, ambil terus.
Terima kasih buat Hasniza Hassan yang sudi berkongsi resipi istimewa ini. Jom kita buat.
1.Campurkan kesemua tiga jenis tepung dan gaul sebati.
2. Gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Ketepikan.
3. Kemudian, masukkan bawang. Gaulkan rata. 4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng dahulu bawang secara berasingan. Goreng hingga garing. Jangan terlebih nanti hangit dan pahit. Angkat dan toskan.
5. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Dah garing angkat dan toskan.
IKLAN
6. Basuh bersih cili kering. Kemudian, goreng sekejap saja. Jangan lama sebab cili kering mudah hangus.
7. Kemudian kisar kering cili kering.
8. Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering dan masukkan garam, gula serta asam keping. Sentiasa kacau ya. Lebihkan gula kalau cili kering pedas.
9. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
IKLAN
10. Bila dah sebati bolehlah dihidang. Buat banyak, boleh masukkan dalam botol, simpan buat stok.
Tak semestinya tunggu raya , baru boleh menikmati biskut. Biskut semperit susu ni kalau dah teringin , bila bila masa pun boleh membuatnya. Boleh la buat untuk kunyah-kunyah depan televisyen dengan anak-anak.
Bagi para ibu yang bekerja, waktu pulang daripada kerja terus sahaja bergegas ke dapur bagi menyediakan makan malam untuk seisi keluarga. Kelam kabut juga dibuatnya kerana anak-anak pula sedang kelaparan dan hendak segera makan. Jadi, penggunaan pes yang telah pun disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Kami kongsikan resipi berasaskan pes yang mudah dan cepat untuk dimasak sebagai panduan. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.
MASAK LEMAK AYAM BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam sederhana besar
2 sudu makan pes sambal
2.5cm kunyit hidup
3 biji cili padi
1 batang serai | ketuk
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
1 biji buah tomato | potong empat
1 helai daun kunyit | racik halus
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.
Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.
Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.
Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas, masin, masam dan lemak yang sekata
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Reneh
Anggaran kos: RM13
IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pessambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa masam dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma bunga kantan tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh
SAMBAL BENDI BAHAN-BAHAN
9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
2 sudu makan pes sambal
2 biji bawang merah | racik
1 ulas bawang putih | racik
Sedikit ikan bilis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.
Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa bendi yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
100gm hirisan daging nipis
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
3 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2.5cm halia | kisar
Sedikit jintan manis tumbuk-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal
1 biji bawang merah | potong bulat
1 biji cili hijau | hiris
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa manis dan pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
CENCARU BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
2 sudu makan pes sambal
1 batang cili merah | hiris memanjang
1 batang cili hijau | hiris memanjang
3 biji cili padi | hiris kasar
Sedikit buah nanas | potong kiub
Sedikit daun limau purut | hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak masak- BELI ONLINE DI SINI
CARA MEMASAK:
Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Daun limau purut tambah aroma pada masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar
Resipi: Koleksi Majalah RASA
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Musim durian murah dan banyak ni, macam-macam boleh dihasilkan menggunakan raja buah ni. Salah satu yang anda boleh cuba ialah Aiskrim Durian. Lembut, sedap dan persis aiskrim seumpamanya yang dijual di pasaran tu. Rugi kalau tak cuba resipi perkongsian saudari Uwan Nolly Epin ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat ringkas dan mudah disediakan.
CARA BUAT AISKRIM DURIAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 1 tin susu cair – beli online disini 1/2 tin susu pekat – jika kurang suka manis, boleh kurangkan – beli online disini 1 sudu makan ovalette – beli online disini Durian secukupnya – anggaran kalau isi yang besar = 6 ulas, durian kecil =10 ulas Pewarna kuning telur secukupnya ( empunya resipi guna durian isi kuning/udang merah jadi tidak guna pewarna) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Kisar isi durian, susu cair, susu pekat manis dan ovalette. 2. Bila semua hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengadun. 3. Pukul adunan aiskrim selama 20-30 minit atau hingga gebu. 4. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk beku.
5. Bila adunan aiskrim sudah keras, bolehlah dinikmati.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...