Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Udang laut berkulit keras
- Garam
- Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Masak Tomyam Secepat & Sesedap Di Kedai
Mesti tertanya-tanya untuk dapatkan rasa tomyum sama seperti di kedai. Ini rahsia yang anda boleh ikut untuk dapat cukup rasa manis, masam, pedas dan kepekatan tomyum yang seimbang.
TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 Labu bawang Holland
- 2 biji bawang putih- BELI ONLINE DI SINI
- 1 batang serai
- Tomyam paste Madam Pun
- Tomyam paste Maepraenom
- 3-4 cili padi
- Lengkuas
- 3-4 helai daun limau purut
- Saleri
- Cendawan enoki
- Daun Ketumbar
INFO: Boleh tambah bahan-bahan kesukaan anda seperti sotong, isi ayam, daging, lobak merah, kubis bunga dan sebagainya.
CARA MEMASAK:
1. Bila air dah mula hendak mendidih, rebus terus semua bahan-bahan rencah kecuali batang seleri, daun limau dan daun ketumbar.
2. Masukkan gula dalam sesudu kecil.
3. Masukkan sedikit sos nampla
3. Masukkan satu sudu kecil tomyam paste Madam Pun
4. Satu sudu kecil tomyam paste Maepraenom ( letak lebih untuk rasa padu)
5. Kacau sekata dan rasa. Letak perasa ikut cita rasa anda.
6. Perahkan asam limau untuk rasa lebih masam.
7. Masukkan cendawan enoki atau apa-apa cendawan yang anda suka.
8. Beberapa helai daun limau purut
9. Sedikit chili flakes untuk rasa pedas yang lain dari biasa.
10. Akhir sekali daun ketumbar. Guna daun ketumbar thai , jangan guna yang cameron highland sebab bau tidak sewangi macam thai punya.
11. Tambahan kalau suka rasa yang berlemak, lepas tutup api masukkanlah susu cair atau santan.
KREDIT GAMBAR & RESIPI: WAN LUQMAN
INGIN MEMBELI KUALI NON-STICK? BOLEH BELI DI SINI.
Inginkan peralatan memasak yang baru? Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini
Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.
.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.
Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.
RENDANG KERANG SEMADI
BAHAN-BAHAN :
- 2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
- 1 biji kelapa | dibuat santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 helai daun kunyit | diracik halus
- 3 helai daun limau purut
- 2 batang serai | diketuk
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
- 3 sudu makan cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1. 3sm halia
- 1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
- Masukkan air asam jawa.
- Masukkan kerisik, santan dan serai.
- Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
- Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA
.
BAHAN-BAHAN :
- 1kg udang saiz sederhana
- 3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
- ½ cawan tempoyak
- ½ cawan santan
- ½ cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 helai daun kunyit | diracik
- ½ sudu gula
- Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
- 1.3sm kunyit hidup
- 1.3sm halia
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
- Masukkan air, santan dan tempoyak
- Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
- Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN
BAHAN-BAHAN :
- 300gm sagu mata ikan
- Sedikit Pewarna merah
- Santan pekat secukupnya
- Secubit garam
- 3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
- Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
- Masukkan pewarna merah
- Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
- Masukkan santan pekat dan secubit garam
Cara Hasilkan Air Rebusan Untuk Buat Masakan Berkuah Yang Paling Sedap Di Dunia.
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Kredit foto & resipi: Chef Sue M Arukin