Kuih lama-lama ni memang tak perneng yang kenyak isi yang diperbuat dari tepung pulut, dihirup dengan kuahnya yang lemak manis. Rasa memang tak mengecewakan, korang bolehlah cuba ye.

Lompang Sagu & Wadai Kipeng, Sedapnya Manisan Rare Ni.

WADAI KEPENG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning
  • Secubit garam

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 1 keping gua melaka
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Sedikit gula | jika kurang manis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
  2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
  3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
  5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
  6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
  7. Sementara itu, sediakan kuah santan.
  8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
  9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana dan sentiasa kacau.
  10. Apabila mendidih, tutup api.
  11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.

Lompang Sagu & Wadai Kipeng, Sedapnya Manisan Rare Ni.
KUIH LOMPANG SAGU
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm sagu mata ikan warna hijau
  • Sedikit air
  • Secbit garam

BAHAN INTI:

  • 1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
  • Sedikit pewarna merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Secubit haram

CARA MEMASAK:

  1. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
  2. Taburkan sedikit garam dan gaul rata. Ketepikan.
  3. Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewarna merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
  4. Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
  5. Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
  6. Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di dalamnya.
  7. Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
  8. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI