Masakan Thai, antara resipi yang paling banyak diminati kerana rasanya yang lengkap dengan masam manis pedas.

Resipi ayam masak thai yang dikongsikan Liza Idris ini, sangat senang untuk dimasak dan cepat siap untuk dihidangkan kepada keluarga.

 

AYAM MASAK THAI

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!

BAHAN DIKISAR:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
4 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas

BAHAN MEMASAK:

½ ekor ayam
1 biji bawang besar hiris bulat
2 batang serai
1 biji limau nipis
5 helai daun limau purut
Sedikit gula melaka

IKLAN

TONTON Creamy Garlic Butter Chicken

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!

CARA MASAK:

1. Mula-mula goreng ayam dulu, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, masuk 2 batang serai dalam kuali.
3. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak. Saya guna 4 biji cili api je. Kalau nak pedas sikit letak la lebih.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!
4. Masuk 3 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram.
5. Masukkan sedikit gula melaka. Sebenarnya tak kisah gula apa pun, tapi gula melaka ni akan cantikkan kuah dan rasa lebih kick gitu. Kacau dan kacau.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!
6. Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih.
7. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kemudian taburkan daun limau purut. Kacau dan kacau lagi.

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!
8. Campakkan pula hirisan bawang merah. Guna bawa holland lagi padu. Mujur dah habis masak tomyam.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Perah jus limau nipis ikut kemasaman yang korang suka.

IKLAN

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!

Kredit resipi: Liza Idris

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

4 Resipi Mudah Masak Soto & Laksa, Memang Sedap!

Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas

10 Menu Lauk Pauk Yang Sedap, Mudah Dimasak & Cepat Siap 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI