Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Antaranya ialah kuih Seri Muka Durian ni. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI SERI MUKA DURIAN

Lemak-Lemak Manis. Sedapnya Seri Muka Durian!

 

IKLAN

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 2 cawan pulut susu – dibasuh
  • 2 1/2 cawan santan cair ( sy guna 1 cwn santan kotak & 1 1/2 cawan air)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • Sedikit minyak masak (kalau guna santan kotak)

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Oles sedikit minyak pada loyang. Kemudian masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  2. Buang daun pandan, gaul rata dan mampatkan pulut tadi.

 

BAHAN LAPISAN ATAS:

IKLAN
  • 1 cawan isi durian
  • 1 cawan santan pekat (empunya resipi guna santan kotak)
  • 11/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

Lemak-Lemak Manis. Sedapnya Seri Muka Durian!

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
  2. Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
  3. Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
  4. Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
  5. Selamat mencuba!

Lemak-Lemak Manis. Sedapnya Seri Muka Durian!

Kredit resipi & foto: Atier Syah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI