Chutney pudina sedap dimakan dengan roti naan, thosai, idli dan nasi. Boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan sampai sebulan. Ia adalah pencicah masakan India yang amat sedap dinikmati.
Jom kita semak resipi perkongsian dari Sheena Haikal serta langkah mudah membuatnya.
CHUTNEY PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 4 batang cili api
- Satu ikat daun pudina (ambik daun sahaja)
- Segenggam kelapa parut
- Sedikit air asam jawa.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kecuali air asam jawa.
3. Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan masukkan sedikit garam.
5. Masukkan juga air asam jawa dan renjiskan sedikit air.
6. Kisar semua bahan sampai halus.
INFO: Boleh lebihkan cili padi atau kelapa parut jika ingin lebih rasa pedas dan lemak
KREDIT RESIPI & GAMBAR: SheeNa Haikal
ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGISAR DAN MIXER YANG TERKINI, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Hasilkan Sos & Sup Steamboat Sedap Secara Homemade. Lebih Jimat & Puas Makan!
Anda dan keluarga teringin nak berbuka dengan steamboat di hujung minggu ni? Ha….Ini resipi yang boleh dicuba. Buat sendiri ni bolehlah makan puas-puan. Malah, boleh jimat banyak. Jika ada adik beradik atau teman rapat nak datang berbuka bersama, sesuai sangat buat steamboat ni. Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Nak cuba? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
RESIPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap – sis guna kicap kipas udang manis
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
- Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk
3. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api,masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
BAHAN SUP STEAMBOAT ( STOK AYAM)
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kiub pati ayam
Tulang ayam
Garam secukup rasa – jika perlu
Hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan airdengan secukupnya.
3. Bila dah mendidih,masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam (kalau ada).
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok ayam ni dah masak,boleh la masukkan bahan-bahan steamboat ya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Saba Natasha
Buat Peminat Tosei, Ini Resipi Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa
Tosei ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.
Selalunya, tosei ni dimakan dengan aneka jenis kuah, seperti kuah dhal, kari ayam atau kari ikan serta cutney kelapa.
Sedap kan dapat makan dengan tosei dan idli serta chutney kelapa. Lebih-lebih lagi bila buat sendiri di rumah. Sesuai untuk sarapan pagi bersama keluarga.
Jom buat dengan ikut resipi daripada Nur Masri ini.
RESIPI TOSEI, IDLI & CHUTNEY KELAPA
TOSEI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang ulunthu – beli online di sini
2 cawan beras
1 sudu kecil halba – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
1 cawan nasi sejuk
TONTON Gerenti Jadi S2 EP8: Spageti Sos Pesto
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA-CARA :
1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman.
2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam@ semalaman.
*(Jika nak buat petang, rendam pada waktu malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar).
3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam.
4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. *Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan, simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.
*Jika guna food processor, boleh je kisar semua bahan sekali. Jika guna pengisar, boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.
6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.
7. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing, boleh lebihkan masa.
8. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa.
IDLI
*Bahannya sama seperti tosei
CARA-CARA PENYEDIAAN IDLI:
1. Lenserkan minyak pada acuan (saya guna acuan lompang je)
2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.
3. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.
RESIPI CHUTNEY KELAPA
BAHAN A
½ biji kelapa parut
2 tangkai daun kari
2 baji cili hijau (jika ingin pedas, guna cili padi) – beli online di sini
1cm halia – beli online di sini
4 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu besar air asam jawa – beli online di sini
Minyak – beli online di sini
BAHAN B
2 biji bawang merah
5 biji cili kering – beli online di sini
2 tangkai daun kari – beli online di sini
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil biji sawi
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa, sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dengan sedikit air.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.
*Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
DALCA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging dipotong (jika guna daging yang ada lemak, rebus dulu hingga lembut buang lemak yang cair untuk elak dalca berlemak/ jika guna isi pejal, tak perlu rebus)
1 cawan kacang dal | direndam satu jam & direbus hingga lembut
2 biji terung | dipotong 8
5 batang kacang panjang | dipotong satu inci – beli online di sini
1 batang lobak merah |dipotong jejari 1 inci – beli online di sini
3 biji kentang | dipotong 6 tiap satu – beli online di sini
2 biji cili merah | dibelah 2
2 biji cili hijau | dibelah 2
2 biji tomato separuh masak | dipotong 4
3 sudu besar membukit cili kering kisar
4 sudu besar membukit rempah kari daging – beli online di sini
Maggi cukup rasa
2 asam keping – beli onlline di sini
3 cawan santan pekat – beli online di sini
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
3 pelepah daun kari
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Bunga lawang
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau.
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga air kering dan naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, masukkan rempah kari. Kacau rata. (Jika daging belum rebus, masukkan daging, garam dan air, rebus hingga empuk).
5. Masukkan maggi cukup rasa, asam keping daging dan air daging (jika daging telah direbus), kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk.
6. Masukkan kacang panjang, terung dan cili.
7. Masukkan santan pekat dan tomato.
8. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan garam.
Kredit resipi: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap & Pelbagai Guna.
Tercari-cari resipi Sambal Nasi Lemak yang sedap dan mudah disediakan? Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni tentunya perlu anda cuba. Istimewanya, sambal ini tahan lama dan boleh tahan berhari-hari tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Malah ia juga pelbagai guna dan boleh dijadikan pes untuk memasak aneka hidangan seperti nasi, mi, bihun dan kuetiau goreng. Memang memudahkan kerja. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK @ IBU SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – dibersihkan
- 1 mangkuk cili kisar (boleh guna kombinasi cili kering besar & kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manis)
- Secubit asam jawa – larutkan dengan 1/4 gelas air
- 2 1/2 sudu makan gula melaka
- 4 sudu makan gula
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang Holland / kuning
- 2 biji bawang merah – saiz syiling 20 sen
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit belacan – boleh ganti dengan 1 1/2 sudu makan udang kering
- 1/2 genggam ikan bilis goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa. Kacau rata.
5. Selepas bahan mendidih, masukkan 1 sudu makan ikan bilis goreng. Gaul rata.
6. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantic, masukkan gula melaka.
7. Tambahkan juga gula putih dan juga sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
8. Bila sambal mula likat dan berkilat, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
CARA BUAT SAMBAL UDANG GUNA PES SAMBAL. 5 MINIT BOLEH SIAP!
- Masukkan 2 senduk sambal ke dalam kuali. Hidupkan api.
- Masukkan udang dan tambah 1/4 cawan air. Biarkan udang mengeluarkan airnya sendiri supaya kuah rasa lebih sedap.
- Tambahkan secubit garam dan masak udang selama 5 minit.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi