Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh..memang sedap. Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal. Makan satu tak cukup ni.
Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga. Ni langkah-langkah buat kulit atau sarung Pie Tee ,dari perkongsian FB Aini Rosli dan resipi dari tiffinbiru.com. Memang rangup dan enak
KULIT PIE TEE
BAHAN-BAHAN :-
Bahan kulit :
- 180 gram tepung beras
- 50 gram tepung gandum
- 50 gram tepung jagung
- 350 ml air
- 1 biji telur gred A | dipukul sedikit
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
1. Gaul rata semua bahan kulit Pie Tee.
2. Panaskan minyak. Minyak kena banyak. Celupkan acuan Pie Tie ke dalam minyak panas. Celup lebih kurang 10 saat, sampai acuan panas.
3. Lepas celup dalam minyak panas, baru dicelupkan ke dalam adunan tepung. Lebih kurang 10 saat. Jangan sampai atas.
4. Angkat acuan pie tee seperti dalam foto, kalau lepung tak lekat maksudnya tempoh celup singkat sangat.
5. Kemudian celup acuan Pie Tee dalam minyak panas
6.Biar kulit Pie Tee keras sedikit baru ditolak dengan lidi untuk keluarkan daripada acuan.
7. Goreng sampai keperangan.Angkat dan toskan minyak.
BAHAN INTI :
- 1 cawan parutan sengkuang
- 1 cawan parutan lobak merah
- 3/4 cawan isi ayam | dicincang halus * Aini gantikan dengan ayam
- 1 biji bawang besar | didadu
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MASAK INTI :
1.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik baru .
2. Masukkan ayam cincang
3. Kacau sampai ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masak sekejap biar sengkuang dan lobak merah layu sedikit.
5. Inti ni boleh disudukan ke dalam kulit Pie Tee tadi
*Sedap dimakan dengan sos cili
Sumber resipi : www.tiffinbiru.com
Sumber foto : FB Aini Rosli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau. Menu Mudah Pembuka Selera
Menu Kari Terung Ikan Masin Kurau ini sememangnya enak dan sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Hanya satu lauk ini sahaja sudah boleh membuat makan nasi bertambah-tambah. Mudah sahaja bahkan satu lauk ini sahaja sudah cukup kerana lengkap dengan sayuran. Nak cuba? Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK KARI TERUNG IKAN MASIN KURAU
BAHAN-BAHAN:
9 biji terung bulat – dibelah
7 keping ikan masin kurau – beli online disini
4 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
2 cawan perahan santan
1 cawan air masak
2 tangkai daun kari
Bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – diketuk
Serai – diketuk
1 helai daun pandan – disimpul
2 cm halia
Serbuk perasa – jika perlu
Garam secukupnya
Gula – jika mahu
Minyak masak untuk menumis
NOTA: Rempah kari perlu dibancuh dengan air. Jadikan sebagai pes
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
3. Masukkan pes rempah kari dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak (pastikan masak guna api perlahan) supaya rempahnya betul-betul masak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan santan dan juga serbuk perasa, garam dan juga gula mengikut cita rasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.
6. Angkat dan Kari Terung Ikan Masin Kurau siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Chocolate Crinkle Cookies. Sedap Sampai Tak Boleh Henti Mengunyah
Sup Bebola Tepung Pulut. Inti Penuh & Sedap Makan Dengan Minyak Cili
Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resipi Mudah, Gerenti Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.
Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU
BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Secubit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk rempah sup
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 5 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap sotong
- 4 sudu makan sos cili
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Makaroni Goreng Simple Tapi Anak Gerenti Suka
Makaroni goreng simple ini menjadi kesukaan anak-anak. Hanya guna sos Kimball. Tak susah pun nak buat. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye. Selamat mencuba!
Makaroni Goreng Simple
Bahan-Bahan:
Makaroni
1 tin sos pasta Kimball cendawan
1 biji bawang Holland (potong dadu) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih (racik) – boleh beli online di sini
Sedikit mentega
Daging cincang
Garam – boleh beli online di sini
Gula
Brokoli (hiris) – boleh beli online di sini
Kepingan keju cheddar secukupnya – boleh beli online di sini
Air
Cara Memasak:
Mula-mula masak air dan bila air dah mendidih, masukkan macaroni. Rebus pasta hingga masak, angkat dan tapiskan.
Panaskan sedikit mentega, tumis bawang Holland/bawang merah dengan bawang putih. Tumis hingga terbit bau wangi.
Kemudian masukkan daging cincang atau kalau tak ada, boleh juga masukkan daging burger. Hancurkan. Tumis hingga daging masak.
Setelah itu masukkan sos pasta cendawan Kimball. Gaul sebati.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi sekitar enam minit dan tambah hirisan brokoli dan keju cheddar sekeping. Gaul sekata. Siap!!
Boleh beli online di sini
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official