Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
- Serai
- Lengkuas
- Kunyit
- Halia
- Bekas berpenutup
- Air bersih
CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Sukatan Beras, Santan & Air Untuk Masak Nasi Lemak Dalam Jumlah Yang Banyak.
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak,mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau jumlahnya berlebih atau terkurang. Jika lebih sedikit, tidak mengapa. Jika terlalu banyajk, membazir pula. Berikut adalah sukatan bahan untuk memasak nasi lemak yang boleh dinikmati tetamu anggaran 30-40 orang dan juga 55-60 orang.
BAHAN-BAHAN ( Sukatan: 30-40 orang makan)
- 3kg beras
- 1kg santan
- 3 liter air
- 3 sudu besar garam
- Daun pandan secukupnya
BAHAN-BAHAN: (Sukatan : 55-60 orang makan)
- 5 kg beras
- 1 1/2 kg santan
- 5 liter air
- 5 sudu besar garam
- Daun pandan secukupnya
Kredit panduan & gambar: Fazniza Razali
Tips Elakkan Adunan Bahulu Melekat
Kuih bahulu ialah kuih tradisi Melayu yang enak dimakan sebagai kudapan ataupun minum petang.
Lagi sedap bila makan pula dengan kopi atau teh panas.
Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu dibakar menggunakan sabut, namun sekarang boleh hasil gunakan ketuhar eletrik.
Tapi macam mana nak elakkan adunan melekat pada acuan? Jom kita tengok tips yang dikongsikan Badariah Abdrahman.
Menurut Badariah, tips yang digunakan daripada arwah ibunya ini sangat membantu dan sudah 20 tahun mengamalkannya.
Tips yang diamalkan ini turut meliputi bagaimana kaedah penyimpanan acuan selepas digunakan.
*Apabila acuan dibasuh, ia dijemur di bawah terik cahaya panas matahari.
*Apabila sudah kering, bubuh minyak panas dan dibiarkan semalaman.
*Selepas guna untuk membakar bahulu, jangan basuh. Sebaliknya, simpan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan acuan satu lagi. (ini cara saya kerana saya hari-hari buat dan bakar bahulu)
*Bila nak gunakan, hanya panaskan saja. Kalau acuan yang lama tak digunakan, boleh dilap sahaja.
*Kalau nak basuh, keringkan di bawah kipas pun okay.
*Yang pasti, acuan mesti panas dan sapu minyak. Kemudian, bubuh sedikit adunan sebagai percubaan untuk tengok sama ada ia melekat atau tidak.
Ini cara saya kerana sudah mengamalkannya lebih 20 tahun. Mungkin anda di luar sana ada cara lain. Kita kongsi bersama.
Kredit: Badariah Abdrahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Kuah Kacang Simple Tapi Kesedapan, Rasa Lemak Dan Bahan Kisarnya Cukup Marvelous!
Kuah kacang simple tapi kesedapannya, rasa lemak kuahnya dengan yang dikisar bersama bahan lain menyebakabkan ia di gelar kuah kacang marvelous.
Tak ada kuah kacang maka tak laku nasi impit, sate, atau gado-gado. Kena ada kuah kacang baru ada selera dan sedap nak mencicah!
RESIPI KUAH KACANG SIMPLE TAPI MARVELOUS
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
- 500-600 grm gula kastor
- 200grm gula melaka/gula merah
- 3 sudu makan udang kering
- 2 setengah sudu teh garam halus
- 3 biji bawang besar saiz 50 sen lama lebarnya*
- 4 ulas bawang putih*
- 4 btg serai*
- 1 inci lengkuas*
- 1.5-2.0 ltr air
- 3 senduk cili kisar
- 1 senduk minyak masak
- Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air.
CARA MEMASAK:
- Untuk penyediaan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng tu, kisar dengan air. Jangan habiskan terus 2L tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu dan kisar. Nanti baki air kita tambah kemudian. Udang kering di tumbuk lumat. Serai diketuk dan dikisar bersama bahan yang bertanda* (bila dah siap proses ni baru senang)
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar dengan air. Guna api sederhana kecil je untuk pastikan cili kisar pecah minyak.
- Tambah air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air 0.5liter lagi. Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali. Kalau nampak pekat sangat, tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua. Jadi kite guna 2.0 liter air.
- Masak ni dalam 1-2 jam sebab guna api kecil. Biarkan kuah kacang betukar warna gelap, nampak berminyak dipermukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih kurang sesuaikan rasa buat kali terakhir.
Info: Nak makan dengan nasi himpit, sambal ikan, cucur udang, sate semua boleh dan semestinya sedap!
Tip untuk hasilkan resipi kuah kacang simple ni lagi marvelous:
- Goreng tanpa minyak dulu kacang tanah atau kita panggil proses sangai. Bila dah masak, ketepikan. Untuk buat kuahnya, tak perlu buang kulit kacang. Nanti dikisar bersama air. Kisar pula jangan terlalu halus, cukup 80-85% baru sedap.
- Untuk dapatkan kuah kacang yang cantik, tambah gula perang atau gula merah ke dalam kuah. Nampak warna coklat dan gelap.
- Kalau buat utnuk makan sendiri, air jangan letak banyak. Cukup sekadar anggaran 1.5-2 liter untuk dapatkan kuah yang pekat dan sedap.
Kongsi resipi: Puan Ruziati Amat Sarbini